Umum memang semua kenali wanita ini. Anak kepada bekas Perdana Menteri, Yana Najib membuat perkongsian di media sosial mengenai bapanya, Najib Razak setelah dua bulan berada di Penj4ra Kajang selepas dijatuhi hukvman penjara 12 tahun atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan penggubahan wang haram.
Biasakan Diri Dengan Rutin Mendapatkan Ketenteraman Rohani
Luah Yana menerusi Insta Stories yang baru sahaja melawat bapanya di penjara baru-baru ini menyatakan bahawa bapanya telah mula membiasakan diri dengan rutin kerohanian. “Saya telah melawat DSN semalam, dan beliau amanahkan saya untuk menyampaikan mesej-mesej kepada semua. Untuk makluman, Daddy telah membiasakan diri dengan rutin dan mendapatkan ketenteraman rohaniah melalui mengkaji, beribadah, membaca, dan melihat gambar cucu.”- Kongsi Yana.
Rindu Lakukan Kerja Kebajikan Rakyat
Akui wajah bapanya kelihatan sentiasa tenang, Yana turut menceritakan mengenai keadaan bapanya yang rasa rindu untuk melakukan kerja-kerja kebajikan rakyat. Katanya “Beliau rindu membuat kerja-kerja kebajikan rakyat, adakah kita semua okay dalam kehidupan harian?. Wajah Daddy, Alhamdulillah, sentiasa tenang. Semangat masih kuat.”-kongsi Yana. Sekadar info, Najib Razak dijatuhi hukvman penj4ra selama 12 tahun serta denda RM210 juta selepas didapati bersalah p3cah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan penggubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). Sumber, murai
Nooryana janji sambung legasi Najib
Kuala Lumpur: Suasana sedih menyelubungi perjumpaan khas Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini, apabila mendengar luahan hati dua anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bukan saja pimpinan tertinggi Umno yang hadir tersentuh dengan luahan itu, malah ada antara ribuan ahli Umno yang memenuhi dewan berkenaan turut mengalirkan air mata mendengar ucapan dua anak Najib iaitu Datuk Mohd Nizar dan Nooryana Najwa.
Sambil menitiskan air mata, Nooryana berkata, beliau sudah menanam janji untuk terus memperjuangkan keadilan buat bapanya selain meneruskan perjuangan Najib dalam parti. “Selasa, 23 Ogos adalah hari yang paling sukar untuk kami dan memori terakhir bersama daddy (bapa) ketika dikelilingi pegawai polis hanyalah tie (tali leher). Daddy sempat berbisik tolong simpan tie ini kerana ia kegemaran daddy. “Sejak kecil dulu saya sentiasa menantikan daddy ikat tie dengan sempurna tanpa perlu melihat cermin.
Katanya lagi, “Saya pernah tanya kenapa daddy tak kerja biasa seperti orang lain dan daddy menjawab, kalau kerja biasa seperti orang lain hanya boleh bantu beberapa orang saja tapi sebagai ahli politik, daddy boleh bantu dan mengubah kehidupan jutaan rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap hari ini. Berkongsi lanjut memori bersama bapanya, Nooryana berkata, rakyat adalah umpama anak buat bapanya sehingga sanggup berkorban masa dan tenaga selama lebih 46 tahun demi keselesaan dan kesenangan yang dikecapi rakyat ketika ini.
Katanya, setiap masa bapanya menghabiskan masa untuk memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat dan berusaha mengubah kehidupan rakyat. “Tapi lepas 2018, daddy terpaksa bahagi masa pagi ke petang di mahkamah, pada waktu malam jalankan tugas parti dan rakyat. Ini kerana daddy menyayangi setiap rakyat umpama anak-anak sendiri, kadang kala kami rasa daddy lebih sayangkan rakyat dari kami. “Alhamdulillah, hasil kerja keras daddy, BN (Barisan Nasional), Umno kembali diterima rakyat tapi malangnya hari ini, daddy bersendirian. “You alone (kamu sendirian), daddy sudah berusia hampir 70 tahu tidak patut meneruskan kehidupan seperti ini. Suasana di rumah tidak sama tanpa daddy, kerusi kegemaran kosong dan Kiky (kucing peliharaan Najib) pun menunggu daddy,” luahnya.
Sementara itu, Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda Umno Pekan berkata, Najib bukan hanya seorang bapa kepada keluarganya tapi juga figura rakyat Malaysia. Beliau berkata, bapanya menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan banyak membantu rakyat sejak mula menyertai politik 46 tahun lalu, terutama di Parlimen Pekan. “Begitu banyak jasa beliau kepada kerajaan tidak menyangka nasib begini menimpa beliau. “Suasana amat sedih, pilu dan hiba terutama Parlimen Pekan bayangkan seorang pemimpin ahli parlimen yang berkhidmat 46 tahun tiba-tiba tiada di kawasan, menangis tidak henti rindu ayahanda tidak kurang juga majlis program dibatalkan kerana Pekan masih berduka,” katanya. Sumber, harian metro