Memang tak asing lagi semua dengan individu ini. Selebriti dan juga usahawan terkenal Malaysia iaitu Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor difahamkan kini sedang mengisi masa lapangnya dengan mempelajari dan menyertai kelas Bahasa Arab.
Masih lagi ‘beginner’
Perkara itu didedahkan oleh Neelofa sendiri menerusi live TikTok yang dibuat baru-baru ini sewaktu ditanya oleh suaminya iaitu Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz dan difahamkan bekas pengacara MeleTOP itu masih berada di peringkat awal pembelajaran. Awak belajar Bahasa Arab kan? Dah terangkan kat pengikut-pengikut awak. Saya baru je kelas pertama Bahasa Arab. Awak janganlah memalukan saya dalam live TikTok ni.
Dalam klip video yang dikongsikan semula di TikTok, Neelofa juga dilihatkan sempat memberitahu bahawa dia akan belajar dengan suaminya selepas dia berada di kelas pertengahan Bahasa Arab. Kata lofa lagi ,Oh, awak nak tunggu pandai sikit lagi? Pandai sikit lagi bagi sama dengan awak.
‘Comel, manja betul Lofa ni!’
Sementara itu, di bahagian komen pula ramai yang memuji cara percakapan comel dan juga manja Neelofa semasa bercakap dengan PU Riz lebih-lebih lagi sewaktu mengatakan dia akan belajar Bahasa Arab selebihnya dengan suami. Memang auto nampak Lofa muda lagi dari PU Riz! Sumber, oh bulan
Ibu Dedah Kisah Sebenar Percintaan Neelofa Dan Haris, Sekali Ini Yang Ibu Neelofa Dedahkan. Datin Noor Kartini Mohamed atau lebih dikenali sebagai Noor Kartini merupakan ibu kepada selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa. Dia juga merupakan pengasas kepada produk Young&Glow Foundation. Ibu Neelofa merupakan salah seorang tetamu jemputan ke rancangan ‘Next To Neelofa” musim kedua. Dalam rancangan tersebut, dia telah membongkarkan perkara yang berlaku antara Neelofa dan Haris.
“Suka Dekat Haris”
Semasa sesi perkongsian dalam rancangan tersebut, Kartini telah menceritakan perkara sebenar yang berlaku semasa sesi pembelajaran. Katanya, kakak Neelofa iaitu Nabila telah mengadu kepadanya dan mengatakan bahawa Neelofa suka kepada Haris. Nabila mari kat mama, dia kata Fa tu suka kat Haris. – cerita ibu neelofa kepadanya
Kartini mengatakan, sewaktu sesi pembelajaran tersebut, Haris memerlukan pen dan Neelofa sanggup naik ke tingkat tiga semata-mata untuk mengambil pen buat haris. Sebab masa tu tengah belajar, jadi Haris nak pen. Neelofa tu sanggup naik ke tingkat tiga , ambil pen, katanya. Sumber, Murai.my