Tular pasal kes cikgu nak kena buang sekolah, kali ni Ustaz Azhar Idrus pula komen buat ramai yang tak sangka

Mohd Fadli Salleh adalah individu yang tidak asing lagi dalam dunia pendidikan negara terutamanya di laman media sosial. Banyak kisah menarik yang dapat memberi inspirasi kepada para pendidik di luar sana telah beliau kongsikan sepanjang menjadi seorang guru. Selain itu, guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak 1, Selangor ini turut menjadi aktivis program-program pendidikan bersama murid-murid. Beliau juga berani melontarkan pendapat sekiranya terdapat isu yang tular berkaitan dengan pendidikan sama ada di dalam atau luar negara. Setakat ini, Mohd Fadli mempunyai lebih 500,000 jumlah pengikut di laman Facebook. Terdahulu, Mohd. Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Sehubungan itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin meluahkan hasrat mahu berjumpa guru berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara yang di bangkitkan. Melaui perkongsian dari warganet, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus turut tinggalkan komen di posting Cikgu Fadli dengan mendoakan kesejahteraan beliau. UAI juga menawarkan untuk belanja Cikgu Fadli kopi latte secawan.Teruja dengan sokongan dari pendakwah itu, Cikgu Fadli memberitahu dia banyak belajar ilmu agam melalui ceramah UAI. “nanti saya nak belanja cikgu kopi latte secawan”, UAI. “wahhh. Ustaz Azhar komen ke? Serius lahhh. Idola saya tu. Banyak ilmu agama saya dapat melalui ceramah beliau” Balas cikgu Fadli.

Dalam perkembangan lain, Keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan terhadap guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh mengetengahkan masalah pendidikan di Malaysia khususnya silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan isu beg berat melalui media sosial, akan diketahui esok. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, keputusan itu akan diserahkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan kepada ketua jabatan guru matematik berkenaan. “Saya baru dimaklumkan persidangan atau mesyuarat Lembaga Tatatertib baru sahaja tamat sebentar tadi dan Insya Allah esok pihak urus setia berkenaan akan sampaikan keputusan berkenaan melalui ketua jabatannya,” katanya kepada pemberita selepas sesi pengenalan jurulatih sukan Touch ternama dunia, Peter Walters di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 16 (1) di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dilaporkan berkata, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang hari ini selepas menerima surat representasi yang dikemukakan oleh Mohd Fadli pada Jumaat lalu. Pkharuddin memaklumkan, surat yang diterima Mohd Fadli tidak membawa maksud hukuman sudah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan. Sebelum ini, Mohd Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat, kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai. Beliau dalam hantaran Facebooknya menyatakan, bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang katanya boleh memudaratkan kesihatan murid.

Radzi berkata, perkara dibangkit Mohd Fadli tu sudah diambil tindakan oleh kementeriannya dan memberi contoh isu beg berat. “KPM pada 6 Mac lalu memperkenalkan tujuh inisiatif bagi menangani perkara berkenaan antaranya penyusunan jadual waktu dan pemasangan lokar,” katanya. Malah, mengenai silibus yang digunakan pula, Radzi berkata, perkara itu sudah diperkenalkan sejak 2017 selepas mengambil pandangan pelbagai pihak termasuk guru yang berpakaran dalam bidang masing-masing dan ibu bapa. “Ini bukan perkara baharu, bila sesuatu silibus itu diperkenalkan ia akan melalui satu pusingan, ia bermakna untuk sekolah rendah silibus yang diperkenalkan pada tahun 2017 ini akan tamat pada 2022. “Jadi murid tahun satu pada 2017 itu naik ke darjah enam pada 2022, ia dikira satu pusingan manakala bagi sekolah menengah, pusingan bagi silibus yang diperkenalkan pada tahun sama tamat pada 2021 kerana mereka sehingga tingkatan lima sahaja.

“Saya sudah jelaskan banyak kali yang KPM terbuka dan ambil pandangan semua pihak berhubung isu silibus ini, kita sentiasa semak silibus ini,” katanya. Dalam pada itu, beliau mengingatkan ahli politik untuk tidak menggunakan isu silibus sebagai modal politik untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version