Adik kepada Nur Sajat iaitu Mustika mendedahkan cubaan bersemuka menerusi siaran langsung di TikTok abangnya itu tidak berjaya apabila usahawan sensasi itu menolak berbuat demikian. Mustika berkata, dia sedia berdepan dengan Sajat kerana masih ada rasa kasih terhadap abangnya itu dan mahu kntr0versi di antara mereka terlerai.
“Ada warganet beritahu Sjat minta pengikutnya invite saya dalam video siaran langsungnya sebab dia tidak tahu caranya tapi bila saya yang invite, dia reject pula. Jujurnya saya memang koyak bila dia reject invite berkenaan, saya memang cepat koyak mungkin sebab saya sayangkan dia. Saya mahu bersemuka dan selesaikan semua masalah di antara kami,” katanya.
Terdahulu, Mustika menerusi Inst4.gram mendkwa Sajat seorang kaki kelentong sehingga sanggup meng.4niaya orang lain demi menampung kehidupan mewahnya. Malah katanya, Sajat sanggup menggunakan nama adik bongsu mereka bagi membuat pinjaman bank sehingga namanya kini disenarai hitamkan pihak bank.
Tidak hanya itu, Mustika turut mempersoalkan pekerjaan dilakukan abangnya itu sejak menjadi pelarian di Australia. Mustika memaklumkan kali terakhir dia berhubung dengan Sajat sekitar dua tahun lalu dan sejak itu mereka tidak pernah berkomunikasi ekoran timbul pelbagai salah faham di antara mereka.
Malah Mustika turut meminta Sajat agar berhenti berlagak pl.4y vict.1m dan mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur ftnah terhadap dirinya dan keluarga.
“Tiada siapa pun menggangu kehidupannya di Australia, rasanya dia tengah bahagia di sana malah disayangi peminat sejak mengakui dirinya lelaki. Saya sendiri tak pernah berhubung dengannya, tapi jangan pl.4y vict.1m,” katanya.
Menjawab pertikaian dia menyusahkan ibu bapanya sehingga berpindah masuk ke rumah mereka, Mustika menyangkal perkara tersebut. Sebaliknya kata Mustika, dia tinggal bersama mereka bagi menjaga bapanya yang sedang sakit selain menemani ibunya memandangkan adik-beradik yang lain sibuk dengan urusan masing-masing.
“Sejak ayah sakit, saya tinggal dengan mak. Saya buat keputusan itu supaya dapat tolong mak dan teman dia di rumah. Bukan nak menyusahkan mak sebab dulu saya memang tinggal sendiri tapi bila ayah sakit saya ambil keputusan tinggal dengan mereka memandangkan saya kini seorang ibu tunggal. Sekurang-kurangnya kami boleh jaga sesama sendiri,” jelasnya.
Sementara itu, Mustika menyangkal dia cuba menumpang populariti Sajat memandangkan sejak usahawan itu mengaku dirinya seorang lelaki dia disayangi peminat.
Sebaliknya katanya, dia lebih suka hidup secara sederhana tanpa sebarang tumpuan memandangkan dia sendiri mempunyai pelbagai perkara yang memerlukan perhatiannya. “Muka saya sama dengan Sajat, itu perkara yang tidak boleh dielakkan kerana kami adik-beradik. Tapi apabila orang kata saya tumpang populariti dia, memang pedih. Saya tak mahu populariti, saya ada hidup saya sendiri,” ujarnya. Sumber, Mstar Online