Terkini konsert Hael Husaini terpaksa ditunda, sekali ini yang penganjur janjikan supaya peminat tak kecewa

KONSERT Hael Husiani LIve in KL yang sepatutnya berlangsung pada 4 Disember ini akan ditundakan ke tarikh baharu iaitu 19 Februari 2023 bertempat di Zepp KL. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Feros Sayna selaku Ketua Rocketfule Entertainment memaklumkan pihaknya memohon maaf atas penundaan tarikh baharu itu dan menjanjikan satu persembahan lebih bertanaga. “Pertama sekali, bagi pihak pengurusan kami ingin memohon maaf di atas penukaran tarikh konsert tersebut. “Rocketfuel menjanjikan sebuah konsert yang energetik dan penuh bertenaga yang berkonsepkan boogie shoes dimana penonton digalakkan ‘sing-along’ serta dance-along sepanjang durasi konser,” katanya.

Dalam masa sama mereka juag berharap keputusan untuk menukar tarikh ini tidak akan mengcewakan peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya penyanyi lagi Jampi itu. Bagi peminat yang telah membuat pembelian, tiket mereka masih sah digunakan pada tarikh baharu berkenaan. “Kepada setiap pembeli tiket konsert, jangan risau kerana tiket tersebut kekal sah pada tarikh yang telah dijadualkan semula,” ujarnya. Sementara itu bagi Hael pula penganjuran konsert solo yang pertama ini merupakan satu impian besar sepenjang bergelar penyanyi. Selain menyampaikan lagu-lagu popular nyanyiannya, Hael juga ini berkongsi perjalanan kerjaya menerusi persembahan yang boleh diibaratkan seperti sebuah pementasan perjalanan hidupnya.

“Selama 15 tahun saya berkecimpung dalam industri muzik tanah air, ini merupakan impian saya sedari dulu lagi, banyak yang ingin saya tonjolkan pada malam konsert tersebut yang berkonsepkan festival. “Saya menganggap konsert ini sebagai pementasan perjalanan karier seni saya secara muzikal, bagaimana saya bermula, apakah perbezaan muzik dan karya saya dari dulu sehingga kini bukan sahaja sebagai penyanyi malah sebagai pencipta lagu, semuanya akan saya sampaikan melalui persembahan pada malam konsert nanti,” jelasnya. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version