Ramai terhibur dengan kejadian dalam rakaman ni, sekali ini yang Azal buat sampai tarik perhatian ramai

Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi sebuah rakaman video sedih di mana dia sedang berbual bersama anak istimewanya, Azal mengenai hari yang mendatang sekiranya dia sudah tiada lagi.

Kalau ibu dah pergi buat selamanya macam mana?

Menerusi video tersebut, Azal kelihatan terdiam sebaik sahaja mendengar soalan tersebut daripada ibunya. Zarina yang turut kelihatan mengalirkan air mata pada waktu itu, dilihat terdiam kerana anaknya tidak memberi sebarang respons berhubung pertanyaan yang diajukan itu.

“Kalau satu hari nanti ibu tak ada dalam dunia ni, ibu dah meningg.4l dvnia macam mana Azal? Apa yang saya muat naik itu semua bukan konten semata-mata.”

Dalam video tersebut juga, Azal telah meluahkan rasa sayangnya terhadap Azil. Menurut Azal, dia sangat menyayangi kembarnya itu, cuma ada kalanya dia tidak tahan apabila abangnya itu mengamuk. Lebih mencuri tumpuan, Azal terkentut semasa sedang berbual bersama ibunya. Reaksi tidak bersalah Azal pada waktu itu berjaya membuatkan netizen terhibur.

“Pagi ni saya terlihat video ni. Saya pun tergelak sendiri tengok video Azal. Dia boleh selamba land jer. Masa shooting tu saya serius cakap kat Azal. Saya pun tak sangka video ni keluar.” Menurut Zarina, dia turut terhibur dan tidak sangka anaknya boleh terkentut pada masa itu.

Sumber, Oh Bulan

Masalah yang dialami Azal tidak menjadi penghalang, Zarina gembira lakonan anaknya dalam Kasih Dari Syurga dapat tarik perhatian ramai

Zarina gembira lakonan Azal dalam telefilem pertama mendapat pujian peminat. Muhammad Raizal Azrai atau Azal mungkin menghidap masalah avt.1sme namun ia sedikit pun tidak menjadi batu penghalang untuk pemuda ini menggapai cita-cita sebagai pelakon. Buktinya, Azal, 26, diberi kepercayaan memegang watak hero menerusi telefilem pertamanya yang berjudul Kasih Dari Syurga siaran di TV2.

Ibunya, Zarina atau Nur Zarina Mohd Zainuddin, 51, berkata, ia merupakan telefilem pertama lakonan Azal dan sangat gembira dengan kepercayaan diberikan pihak produksi terhadap anak kesayangannya itu. Malah Zarina turut meminta peminat untuk sama-sama menyokong anaknya dengan menonton drama berkenaan.

Pengalaman pertama Azal menjadi hero dalam sebuah telefilem

“Semua peminat jangan lupa saksikan lakonan drama pertama Azal sebagai hero untuk drama ini,” katanya. Zarina berkongsi berita gembira berkenaan menerusi hantaran di Instagram dan turut memuat naik sedutan lakonan anaknya. Aktres tersebut turut berlakon sama dalam drama arahan Riza Baharuddin itu selain menampilkan barisan pelakon seperti Haeriyanto Hassan, Raja Azmi, Jasmin Hamid dan Meor Mohd.

Ia diterbitkan oleh syarikat milik Jasmin iaitu Ritma Perintis Sdn Bhd. Sementara itu, peminat yang membanjiri ruang komen pada hantaran berkenaan turut meluahkan rasa bangga dan gembira dengan pencapaian Azal yang disifatkan sebagai luar biasa.

Azal dilihat sentiasa menemani Zarina ketika kerja

Malah rata-rata memuji lakonan Azal yang dilihat bersahaja dan layak diangkat sebagai hero telefilem berkenaan. “Tahniah Azal! Pandai Azal berlakon dan memang berbakat. Zarina memang seorang ibu yang hebat.

“Lepas nampak unggahan ini saya terus tengok. Pandai betul Azal berlakon dan membuatkan drama ini jadi lebih seronok untuk ditonton. Tahniah buat Azal dan Zarina,” antara komen pengikut Zarina di Instagram. Kasih Dari Syurga mengisahkan tentang seorang anak yang ditinggalkan bapanya apabila mendapat tahu bahawa anak itu istimewa. Sumber, Mstar Online

Exit mobile version