Suami tak pernah halang Lisa Surihani untuk terus aktif berlakon, sekali ini komen Yusry KRU

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim tidak pernah menghalang isterinya, Datin Lisa Surihani untuk terus aktif berlakon. Jelas Yusry, Lisa tahu tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, namun masih lagi terbuka sekiranya produksi mampu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

“Saya tak pernah kata tidak. Itu pilihan dia. Cuma, dia boleh jalani penggambaran selama 12 jam sehari. Itu ketetapan yang dia berikan. Jika ada penerbit setuju, saya fikir Lisa tidak ada masalah. Saya sendiri sekarang mengamalkan masa penggambaran tidak lebih 12 jam. Kalau shooting terlalu lama, mood dan emosi boleh lari. Saya mahu kekalkan momentum, emosi kru serta pelakon. Jadi, saya tetapkan had masa kerja selama 12 jam sahaja,” katanya.

Pengarah Nenek Bongkok Tiga yang bakal ditayangkan tahun depan itu ditemui ketika pelancaran program baharu platform penstriman, Viu Upfront 2023, di sini. Dalam pada itu, Yusry juga memaklumkan, dia bakal mengarahkan dua filem tahun hadapan, namun merahsiakan genre dan barisan pelakon yang terlibat.

“Kita lihat momentum penerimaan penonton terhadap filem tempatan sangat mengagumkan. Saya gembira melihat industri perfileman negara kembali bernafas, malah lebih kencang. Saya sedang meneliti dan berbincang. Tetapi, perancangan untuk menghasilkan dua filem itu sudah ada. Tak boleh bagitahu dulu genre apa. Ramai yang harapkan filem epik seperti Mat Kilau. Tetapi saya fikir, tidak bolehlah kita mahu guna formula sama. Apa yang penting jalan cerita dan skrip,” ujarnya. Sumber, Utusan Online

Ramai yang kagum dengan perubahan Lisa Surihani, akhirnya tuan badan dedahkan tips untuk kekal Istiqamah

Tidak dapat dinafikan, semenjak penghijrahan yang dilakukan oleh pelakon dan selebriti popular, Lisa Surihani, ramai yang menjadikannya sebagai inspirasi untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Malah, baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @pendosahijrahhh di laman TikToknya, Lisa telah berkongsi beberapa rahsia untuk kekal istiqamah dalam sebuah temu bual. Kata selebriti yang berusia 36 tahun itu, seseorang perlu menjaga solat dan sentiasa membaca Al-Quran untuk terus istiqamah demi menjadi muslim atau muslimah yang lebih baik.

“Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun rasa merangkak-rangkak sebab punya Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala,” ujarnya. Bukan itu sahaja, dia turut menegaskan sunnah perlu dilakukan dan apa yang paling penting, persekitaran kita perlu dalam keadaan baik yang boleh membantu untuk berubah ke jalan Allah. “Apa-apa yang baik, buat. Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Antara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata warganet menitipkan ucapan terima kasih kepada Lisa atas perkongsian dan nasihat yang diberikan yang telah memberikan semangat kepada insan yang mahu berubah. Malah, netizen terutamanya dalam kalangan wanita berharap agar perubahan yang dilakukan oleh mereka sentiasa dipermudahkan dan kekal istiqamah sampai bila-bila.

Sumber, TikTok @pendosahijrahhh, omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version