AKSI lincah Shila Amzah di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada malam Ahad lalu membuatkan ada peminat kurang senang kerana merasakan persembahannya tidak sesuai dengan imej bertudung. Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 32, berkata, apa ditonjolkan adalah gambaran sebenar peribadinya selain perlu memberikan yang terbaik pada peringkat suku akhir pertandingan. “Lagu itu memerlukan saya untuk sedikit agresif tapi sebenarnya itulah saya jika di luar pentas. Shila terima teguran untuk perbaiki diri. “Lagipun ini sudah suku akhir, saya tak boleh nak simpan lagi. Sebab itu kena buat sehabis baik. Apa sahaja keputusan pada malam itu, saya kena puaskan diri sendiri dahulu,” katanya kepada mStar.
Shila yang menyampaikan lagu berjudul Survivor berjaya mendapat markah tertinggi daripada juri profesional sekali gus diumumkan sebagai peserta pertama mara ke peringkat separuh akhir. Bukan hanya tarian, bahagian lengan pakaian Shila yang terdedah pada hujung persembahan turut menjadi bualan ramai sehingga ada menuduh penata rias penyanyi itu tidak peka. Menceritakan hal sebenar, kata Shila terdapat perubahan pada pemilihan pakaian di saat akhir disebabkan baju asal tidak sesuai dengan konsep persembahan.
“Wardrobe malfunction biasa terjadi dalam kalangan penyanyi ketika membuat persembahan di atas pentas. Lagipun ini sudah suku akhir, saya tak boleh nak simpan lagi. “Saya sendiri tidak boleh jangka ia terjadi malah saya juga tak sangka boleh menari lincah di atas pentas ketika itu. “Saya bersama pasukan penata gaya terpaksa menukar baju di saat akhir kerana mahu ikut konsep persembahan. Sepatutnya saya lebih peka dan boleh pin dengan rapi sebelum naik ke atas pentas. “Perkara sebegini mengajar saya untuk lebih berhati-hati. Dalam masa sama ini juga cara saya memperbaiki diri dengan mengambil kira semua teguran peminat,” ujarnya.
Shila akui kurang berpuas hati dengan kualiti vokal di peringkat suku akhir GV9. Meskipun mendapat markah tertinggi menerusi persembahan tersebut, Shila bagaimana tidak berpuas hati dengan kualiti vokal sendiri dan memberitahu dia terganggu dek kekurangan rehat. “Beberapa hari lalu saya susah nak tidur kerana terlalu banyak perkara dalam fikiran. Bukan hanya soal persembahan di pentas suku akhir GV9, semi final Muzik-Muzik 37 juga semakin hampir. “Otak saya tak henti berfikir sehingga ganggu waktu tidur. Tambahan pula dengan jadual latihan. Saya sedar kualiti vokal kurang memuaskan,” jelasnya. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.