Janna Nick muat naik sesuatu di laman ig macam bagi bayangan dah putus cinta, sekali ini pula komen warganet

Penyanyi dan pelakon Janna Nick menerusi sebuah video mendedahkan status dirinya adalah ‘single’ dan sudah tidak lagi bersama kekasihnya Dini Azan Schatzmann. Eh, biar betul! Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon berusia 27 tahun itu di TikTok, memaparkan dirinya sedang menjamu selera. Namun, apa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet adalah status Janna di mana dia menyatakan bahawa dirinya single seperti sudah putus bersama Dini.

Janna. 27 tahun. Single. Tak suka buka packaging sambal. Ada yang lahir 1995? Bagaimanapun, di Instagram, pelantun lagu Gatal ini memuat naik hantaran yang mengukuhkan lagi kenyataannya. Kepada kamu moga berbahagia, kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya. Hasil pemerhatian mendapati Janna telah menutup ruangan komen di Instagram. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan seperti tidak percaya Janna sudah putus dengan Dini. Malah, ada juga di antara mereka yang mengatakan bahawa ia hanyalah lakonan semata-mata.

Komen warganet:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Janna bersyukur karyanya menang kategori Drama TV Terbaik di ASA2022, Janna akui ianya membakar semangat untuk mengarah lagi. Siapa tak kenal dengan pelakon popular ini. Aktres Janna Nick meluahkan dedikasi serta rasa terima kasihnya kepada para juri terlibat kerana memilih naskhahnya, Jeti yang sama-sama bersaing dalam senarai akhir Anugerah Sri Angkasa 2022 (ASA2022), minggu lalu. Janna menerusi hantaran terkini di Instagram berkongsi, penghargaan yang diberikan membakar semangat buatnya untuk memberikan yang lebih baik di bawah produksinya, JN Studios.

Tulis Janna Nick lagi “Semalam saya ke Anugerah #SeriAngkasa2022 buat pertama kali. Dicalonkan bukan dalam kategori pelakon, penyanyi/pengacara. “Tetapi di dalam kategori Drama TV Terbaik, Sebagai seorang penerbit & juga pengarah. Jeti adalah karya saya yang kedua selama saya menceburi bidang pengarahan. “Saya nak ucap ribuan terima kasih kepada semua juri kerana memilih naskah saya yang kecil ni ke pencalonan akhir. This is a proud moment for myself & @jnstudios.ent. “Thank you Anugerah #SeriAngkasa2022 kerana menyuntik semangat untuk saya terus menghasilkan karya karya yang menarik & memberi manfaat buat semua. InsyaAllah,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat sama-sama menitipkan ucapan tahniah buatnya dan mengharapkan agar Janna terus berkarya. “Teruskan berkarya dan menghasilkan lebih banyak drama atau filem yang hebat-hebat. Lepas ni Pengarah Terbaik pulak.” “Saya bangga dengan awak.”

Komen warganet lagi “Permulaan yang baik, teruskan berkarya. Tersenarai sebagai lima pencalonan akhir adalah satu pencapaian yang membanggakan.” “Bagus sangat drama dan arahan you. Aunty berjurai-jurai air mata. Well done Janna Nick dan terus menghasilkan drama bermutu and so meaningfull.” “Tercalon pun dah cukup hebat tau. Kalau menang tu dah hebat sangat. Proud of you, sayang dia.” Sumber, media hiburan

Exit mobile version