Baru-baru ini pelakon, Puteri Balqis berkongsi satu tangkap layar skrin perbualan antara dia dan ibunya di Instagram. Dalam perbualan tersebut, dapat dilihat Puteri Balqis menyakat ibunya dengan menyamakan kecantikan wanita itu dengan ikan belut. Tunggu 10 minit nak reply rupanya cari angle selfie. Keindahanmu bagaikan ikan belut.” Ibu Puteri Balqis turut membalas mesej berkenaan dengan gaya berseloroh dan mendakwa mahu merendam Balqis ke dalam paya ketika dia masih kecil.
Walau bagaimanapun, gurauan anak-beranak itu diambil serius oleh warganet yang rata-ratanya mengecam bahasa yang digunakan oleh wanita itu kepada Puteri Balqis yang dianggap kasar. Dalam pada itu, ada juga segelintir yang menyamakan gaya penulisan mesej ibu Puteri Balqis dengan budaya rempit kerana menggunakan ejaan yang salah. Nama pelakon muda, Puteri Balqis mencuri perhatian peminat selepas berkongsi foto bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz. Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Balqis memuatnaik beberapa foto bersama ibunya serta mengatakan bahawa mereka pernah ‘hancur’ dalam pelbagai cara. Namun, mereka kembali bersatu secara perlahan-lahan.
“We’re broken in so many ways, but I piece us back together slowly.”-Kapsyen Balqis di Instagram “Macam Adik Beradik..” Hantaran Puteri Balqis turut dibanjiri dengan komen warganet yang rasa kagum dengan hubungan kekeluargaan Puteri Balqis bersama ibunya, malah ramai yang teruja dengan ibunya yang tetap anggun dan kelihatan seperti adik beradik dengan Puteri Balqis. “Mak dia nampak macam kakak dia comel je.” “Betul-betul copy paste mak dia .” “Itu Mommy ke kakak. Your mother look young. So beautiful.” “Happy cara kita kan. Aqish, nampak happy sangat awak semua Alhamdulillah.”
“Macam adik beradik. All the best kamu berdua.” “Family is always important, Aqish.” Sekadar info, ibu kepada Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz sebelum ini pernah mendakwa bekas suaminya, Azizi Aziz mempunyai banyak kesalahan, termasuklah memaksanya tidur di dalam bilik yang dipenuhi dengan lelaki yang sedang berkhyl. Sumber, BN. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.