Tular pasal individu dapat motor dari Ustaz Ebit Lew, terkejut sekali suami muncul buat pengakuan ni pulak

KISAH seorang wanita yang bekerja sebagai walker Foodpanda demi membesarkan seorang cahaya mata ternyata meruntun hati warganet. Dikenali sebagai Emy, wanita berusia 23 tahun yang dikatakan sudah lama berpisah dengan suaminya turut bekerja sebagai pembantu restoran dan kini menetap di sebuah flat sekitar Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Selepas kisahnya tular di media sosial, aktivis kebajikan Ebit Lew turut menghadiahkannya sebuah motosikal untuk memudahkan urusan harian dalam mencari rezeki.

Namun selepas kisah Emy semakin hangat menjadi bualan ramai serta mendapat liputan media, muncul seorang lelaki dikenali sebagai Fakhrul Rosli mendakwa dia merupakan suami wanita itu. Menerusi ruangan komen di Instagram Ebit, Fakhrul memberitahu dia dan isterinya masih dalam proses di mahkamah dan meminta warganet mendoakan yang terbaik untuknya sekeluarga. “Ya Allah ustaz… salah tu, bukan dah lama terpisah. Kami masih baik, masih contact sebab sama-sama uruskan anak sekarang. “Duduk pun dekat-dekat cuma status kami masih dalam proses. InsyAllah esok mahkamah bagi keputusan. Jangan salah faham ya. Doakan kami tiga beranak,” tulis lelaki itu.

Terdahulu, Ebit dalam posting Instagram berkata dia berjumpa Emy yang sudah lama terpisah dengan suaminya sebelum menghadiahkannya sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 (Ysuku). “Terjumpa adik Emy kerja menghantar makanan dengan berjalan kaki Panda walker. Juga pembantu sambilan sebuah restoran. Emy, 23 tahun anak yatim dan ada anak seorang. Suami dah lama terpisah. Masih proses mahkamah. Area Kerinchi Lembah Pantai. “Terharu tengok adik ni muda lagi cari rezeki berjalan sana-sini. Ujian adik sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. InsyaAllah di sebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita.

“Katanya dah lama ingin jumpa ustaz. Hari-hari tengok ustaz suka tolong orang. Tiba-tiba Allah jumpakan di sini. Beri saya hadiah begini. Saya memang tengah kumpul duit nak cari rezeki beli motor. “Semoga Allah jaga adik jadi wanita yang solehah dan anak menjadi anak yang baik dan hebat,” tulis Ebit di Instagram menceritakan semula ketika pertemuannya dengan wanita itu. Posting di Instagram Ebit itu sehingga kini meraih lebih 241,000 tanda suka. Malah, ia turut dihujani lebih 5,000 komen warganet yang rata-ratanya simpati dengan nasib wanita itu.

Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version