Penyanyi, Nourul Depp akui teruja selepas berkesempatan bertemu dan meluangkan masa bersama usahawan, Nur Sajat Kamaruzzaman ketika sedang bercuti di Sdyney, Australia. Menurut Nourul, orang luar boleh bercakap apa sahaja tentang Nur Sajat tetapi hanya mereka yang mengetahui kisah sebenar sahaja yang berhak menilai. Katanya lagi, kisah yang diceritakan oleh usahawan kosmetik itu akan sentiasa tersemat di dalam hatinya sampai bila-bila.
“Beautiful day well spent. Thank you again @nursajatkamaruzzaman . Orang tanya apa amazing nya? Kalau tak tahu perjalanan seseorang, anda jangan tanya kenapa. Ternganga mulut dengar cabaran nya. And you wonder why. Tutup kisah itu. Simpan dalam lipatan sejarah kehidupan,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Terlalu Terluka itu menerusi entri terkini di laman Instagram. Pada masa sama, Nourul turut menyifatkan usahawan kosmetik itu sebagai seorang yang sangat kuat meskipun terpaksa menempuh pelbagai dugaan di dalam hidupnya.
“Terinspirasi dan sentiasa sebut allahuakbar dengar ceritanya. Ya allah Jat, kau kuat adik. Happy now. Alhamdulillah. Saya simpan cerita ini sehingga akhir hayat saya. Tahulah yang saya menyayangi kamu. Kamu punyai hati dan budi yang baik,” ujarnya lagi.
Sebelum itu, Nourul juga ada mengadakan sesi siaran langsung di Instagram bersama Sajat. Nourul difahamkan bakal meneruskan percutiannya di Gold Coast. Terdahulu, Sajat memilih untuk menjalani kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia. Sebelum itu, Sjat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah. Sumber, Gempak