Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah yang lazim kita ucapkan bila melihat personaliti seorang anak yang mewarisi ciri-ciri yang dimiliki oleh orang tuanya. “Kuat muka bapa, adik ikut muka mak. Terus sebiji muka macam bapa dia, kacaknya!” “Copy paste daddy la, jaga mommy baik-baik ya.” “Maaf ia nak cakap hensem boy. Muka Ayah dia. Jangan marah ia” Itulah antara komen yang diterima kebanyakan pengikut pelakon Rita Rudaini yang memuji ketampanan anak sulung pelakon itu, Airit Rayyan Rizqin yang dikatakan mempunyai iras seperti bapanya, Aidil Zafuan.
Anak lelaki Rita ini menjadi perhatian ramai apabila wajah remaja berusia 13 tahun tersebut semakin menyerupai pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu apabila Rayyan tampil dengan gaya rambut pendek menyerlahkan bentuk wajahnya. Sebelum ini, Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, 46, memberitahu, Rayyan ingin membotakkan kepalanya namun dia tidak mengizinkan dan hanya membenarkan anak lelakinya itu tampil dengan gaya rambut pendek yang lebih kemas.
“Bila dia minta nak botak, tapi mommy cakap cukup setakat itu,” kata Rita yang berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di TikTok. Dalam pada itu, Rita tampil memberitahu yang dia tidak melenting dengan komen pengguna laman sosial tentang wajah mirip bapa dan anak berkenaan kerana Aidil atau nama penuhnya Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak, 35, adalah bapa kandungnya. “Nak marah buat apa, dah memang itu bapa dia. Bekas suami kepada mommy dia,” ujarnya ketika membalas komen salah seorang pengikutnya. Untuk makluman, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun pasangan itu berc3rai pada September 2013. Selain Rayyan, mereka dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 11 tahun. Klik sini untuk lihat video.
Komen Warganet,
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, keluarga.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.