Baru-baru ini, Barisan Nasional telah mengumumkan nama calon yang akan bertanding untuk PRU15 akan datang. Pengumuman dari Barisan Nasional ini jelasnya telah mendatangkan kejutan kepada orang ramai, lebih-lebih lagi bila melihat banyak nama-nama besar yang tidak tercalon dan penukaran tempat bertanding di antara pencalonan ini. Antara yang disebut-sebut adalah Khairy Jamaluddin yang dihantar untuk bertanding di Sungai Buloh setelah berkhidmat di Rembau selama tiga penggal.
Ekoran ini, Menteri Kesihatan ini telah membuat penjelasan tentang mengapa beliau memilih untuk bertanding di Sungai Buloh. Klik sini untuk lihat video. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Khairy mengatakan trend di Malaysia menunjukkan semakin ramai rakyat dari kawasan kampung telah berhijrah ke bandar di mana sekarang Malaysia telah mencapai kadar urbanisasi sebanyak 77 peratus. Jika BN mahu berubah ke arah yang lebih baik, kita mesti berani untuk menawarkan khidmat kita di kawasan bandar. Kita tidak boleh hanya menjadi wakil rakyat luar bandar di Malaysia, kita perlu menjadi wakil kepada semua Malaysia dan beranikan diri untuk menawarkan khidmat kita di bandar.
Bila kita mewakili orang bandar, polisi kita juga akan akan lebih mengambil kira isu yang dihadapi oleh majoriti rakyat Malaysia iaitu penduduk kawasan-kawasan bandar.” Selain itu, kehidupan di bandar adalah amat mencabar dengan pelbagai isu seperti kos sara hidup, perumahan, akses ke klinik kesihatan, kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam, banjir kilat dan isu alam sekitar. Oleh ini, satu cadangan penyelesaian akan diberikan olehnya mengenai perkara itu dalam sebuah Manifesto Sungai Buloh yang diumumkan olehnya beberapa hari lagi. Setelah saya jaga kawasan kampung selama tiga penggal, saya bersedia dengan cabaran baru. Saya mahu datang ke bandar dan berjuang untuk anda. “Sungai Buloh adalah kawasan yang memerlukan tawaran baru untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh orang bandar.”
Untuk pengetahuan korang, sebelum ini kawasan Sungai Buloh telah diwakili oleh PKR selama tiga penggal. Fuh, susah orang Sungai Buloh nak buat pilihan ni ya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.