Ada yang samakan baju Lofa dan Mira Filzah macam ikan lagi, sekali ini pula respon Lofa buat ramai yang terhibur

Program Next to Neelofa musim kedua telah memulakan siarannya di saluran Astro Ria pada penghujung Oktober lalu. Menurut Neelofa, kali ini dia menampilkan selebriti yang bergelar ibu bagi berkongsi pengalaman dan kisah hidup mereka. Antara selebriti yang menjadi jemputan Neelofa adalah ibunya sendiri Noor Kartini, Tya Ariffin, Lisa Surihani dan terbaru Mira Filzah. Terbaru, postingan laman Instagram jadi tumpuan ramai dimana penampilan Mira Filzah dan Neelofa yang masing-masing berbusana merah dan biru.

Menerusi perkongsian tersebut, disertakan juga dengan komen daripada seseorang yang menyamakan pakaian mereka dengan ikan lαga. “Kenapa saya nampak gambar ni macam ikan laga? Maafkan saya,” tulis individu tersebut. Menerusi ruangan komen, Meletop juga dapat dilihat Neelofa memberikan reaksi terhadap komen daripada warganet tersebut. “Pen merah pen biru, you marah I love you,” balas Neelofa berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan perkongsian tersebut sehingga tinggalkan pelbagai komen. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, OHBULAN. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Neelofa Muat Naik Video Tunjuk Wajah Bilal, Sekali Ini Yang Lofa Luah Buat Ramai Yang Mendoakan. Selebriti dan usahawan popular, Neelofa akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata sulung, Muhammad Bilal melalui perkongsian foto dan video di Instagram (IG), malam tadi. Melalui entri dimuat naik kira-kira 30 minit tadi, Neelofa berkongsi detik awal kelahiran Bilal, hasil perkongsian hidup dengan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, lalu pantas menarik perhatian pengikut. Melalui entri itu, Neelofa turut melayangkan kata-kata penuh emosi atas kelahiran Bilal yang menjadi penyeri rumah tangganya dengan Haris. “Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini. “Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil. “Bilal anak ummi sayang, Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Sila klik sini untuk lihat video.

“Jika kekayaan yang nak dibandingkan, maka, kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah “Jika keselesaan yang ditaruhkan, tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu. Neelofa menyifatkan Bilal sebagai kurniaan terindah Allah kepada dirinya dan suami. Foto IG Neelofa
“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu, ya Allah. “Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam,” katanya. Paparan wajah Bilal pada entri dimuat naik Neelofa meraih lebih 100,000 tanda suka dalam tempoh kira-kira 30 minit. Foto IG Neelofa. Dalam tempoh 30 minit, hantaran itu mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada pengikut Neelofa. Pada akhir coretan, Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada Allah yang menzahirkan Bilal kepada dirinya dan suami. “Semoga Afiyyah sentiasa untuknya. Semoga fakih dia dalam agama,” katanya.

Neelofa Kongsi Wajah Bilal

Cinta dan sayang pada anakku Bilal. Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini dis.akiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil. Bilal anak ummi sayang. Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah. Jika keselesaan yang ditaruhkan. Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu. Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah. Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam. Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami. Semalam, Neelofa dilapor meluahkan rasa terkilan atas tindakan individu yang didakwa menyebarkan wajah Bilal melalui aplikasi TikTok.

Neelofa menyifatkan perbuatan individu terbabit sebagai tindakan yang tidak menghormati dirinya yang juga ibu kepada Bilal. Neelofa mengakui perbuatan itu menyinggung perasaannya apabila keputusan memperkenalkan Bilal pada waktu yang sesuai, tidak dihormati sesetengah pihak. Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu. Kredit, IG/BH. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version