Normala Samsudin tampil titip pesan buat calon PRU15, Normala akui rakyat memerhati dan mudah ubah fikiran

Umum ramai kenali dengan wanita ini. Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin tampil menitipkan pesanan buat para calon yang bakal bertanding di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.

Henti Cakap Besar

Normala menerusi Insta Stories, menitipkan pesanan untuk tidak dan berhenti ‘cakap besar’ disebabkan rakyat yang sedang memerhati dan menghakimi para calon yang bertanding kelak. “Pada Yang bertanding tu, Jangan dan hentikanlah ‘CAKAP BESAR’. Rakyat memerhati dan menghakimi.”-tulis Normala

“Silap Cakap, Kita Ubah Fikiran”

Tambahnya lagi, beliau turut berpendapat jika calon yang terlibat itu ‘terlepas cakap’, menyebabkan rakyat akan berubah fikiran. “Merasa diri hebat itu sakit! Silap cakap kita ubah fikiran..”-Tulis Normala. Undi anda membawa perubahan pada negara, jangan lupa turun mengundi. Sumber, murai

Siapa tak kenal dengan pelakon popular ini. Pelakon yang berasal dari Singapura, Datuk Adi Putra berharap agar semua yang terlibat dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dapat berkempen dengan berhemah dan matang. Kata Adi Putra meskipun berbeza ideologi atau parti yang disokong, namun semua pihak perlu lebih hormat dan menghormati pilihan masing-masing.

Katanya lagi, “Saya mendoakan pada semua yang berkempen secara berhemah dan matang. “Walaupun perbezaan ideologi parti kita hormat dan menghormati. Selamat berkempen PRU 15,” ucapnya. Pelakon Filem KL Gangster itu berkongsi pendapatnya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama dia turut memuat naik suntingan video yang memuatkan foto-fotonya termasuk foto lengkap berbaju penyokong Barisan Nasional. Kemas kini itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata teruja bila mendapat tahu parti politik yang disokong Adi.

Antara komen dari warganet lagi, “Biru terang ye abang. cantik!” komen salah seorang pengikutnya. “Saya sokong abang Mat Kilau,” kata salah seorang warga maya. “Ok sebab abang pilih dia saya follow je,” tulis salah seorang warganet.

Exit mobile version