Sampai ada yang cakap lagu mereka ciplak penyanyi jiran, Kolaborasi Aliff Syukri dan Caprice teruk dikritik warganet

Memang tak asing lagi semua dengan dua individu ini. Umum mengetahui sebelum ini penyanyi rap, Caprice pernah meluahkan hasrat mahu berkolaborasi bersama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang pernah dikritik selepas menghasilkan lagu dangdut bersama penyanyi terkenal, Baby Shima.

Rilis Kolaborasi Dengan Aliff Syukri

Kini ianya telah menjadi kenyataan apabila Caprice telah merilis single terbaharunya bersama Aliff Syukri berjudul SWIPE REMIXX yang turut menampilkan YungFlexx, Nya, Ale, Elva, Arunboi, dan Hxmba

“Ramai Yang Terpesona Dengan Suara Saya”

Kata usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri turut menyifatkan masih ramai yang terpesona untuk mendengar nyanyiannya bersama Caprice. “Nampak gaya ya ramai yang terpesona dengar suara saya peling merdu di dunia ni @capricedaddycap. Mereka tak dengar lagi part tengah best rugi tak tengok full di Youtube.”-Komen Aliff Syukri

Cetus Rasa Kurang Senang Warganet

Selanjutnya, tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati, rata-rata warganet dilihat memberikan pandangan mereka, malah ada yang menyifatkan Caprice seolah menciplak lagu seorang  penyanyi Singapura, Alyph sebelum ini yang tular dengan SWIPE. Kata warganet lagi, “Takde ide ke ciplak hahhaha.” “Dah lama makin rosak muzik Malaysia.” “Lagu dah okay. Tapi penyanyi yang mula-mula sekali nyanyi tu kucing aku dengan pun muntah hijau oii.” “Macam Lagu Sampah. Terpaling tiger al quds konon.” Sumber, murai

Exit mobile version