Penyanyi Zamani Ibrahim, 51, selamat menjalani operasi membetulkan tulang belakang melengkung akibat sakit scoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras. Isterinya, Nur Juliana Abd Rani memaklumkan prosedur itu mengambil masa hampir tujuh jam. “Abang Zamani dimasukkan ke dewan operasi sekitar jam 8 pagi, operasi mengambil masa tujuh jam,” kongsi Juliana. Terdahulu, isteri kepada penyanyi Syair Si Pari Pari itu berkongsi perkembangan terkini suaminya menerusi hantaran dalam Instagram. “Syukur, Alhamdulillah, dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani operasi. Terima kasih atas doa-doa buat Abang Zamani,” tulisnya.
Menerusi hantaran itu, Juliana menyertakan gambar bilik operasi di mana suaminya menjalani prosedur itu. Vokalis kumpulan Slam itu memaklumkan, dia perlu ditidurkan sebelum operasi dilakukan. Dia juga memerlukan rehat sehingga tiga bulan sebelum kembali bekerja. Mengikut penerangan doktor, saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu bergantung kepada daya ketahanan tubuh. Sepanjang tempoh ini, saya perlu mendapatkan r.awatan susulan dan menjalani latihan fisioterapi.
“Bagaimanapun, saya akan pulih hingga boleh kembali aktif mungkin memakan masa sehingga tiga bulan. Itupun bergantung pada kekuatan antibodi,” kata Zamani. Dalam pada itu, Juliana memaklumkan buat masa ini pihak keluarga enggan menerima sebarang kunjungan tetamu yang ingin menziarah Zamani, 51, di hospital dan berharap semua pihak faham akan permintaan itu. Juliana memberitahu dia sekeluarga menghargai semua yang mengambil berat tentang keadaan suaminya namun meminta kenalan memberi ruang untuk suaminya berehat memandangkan Zamani masih dalam keadaan lemah.
“Seperti mana semua tahu operasi dijalankan adalah besar maka mengambil masa untuk pulih. Atas nasihat doktor Zamani perlu banyak berehat supaya rawatan pemulihan berjalan lancar. Kami mohon maaf kerana tidak dapat menerima sebarang tetamu yang ingin melawat Zamani buat masa ini. Harap semua faham keadaan Zamani dan keluarga ketika ini. “Kamu ucapkan ribuan terima kasih untuk doa dan ucapan selamat daripada semua dan terus mendoakan agar Zamani segera sembuh dan kembali sihat,” katanya. Seperti peminat-peminant zamani yang lain, Paknil pun runsing keadaan Zamani setelah kita maklum tentang operasi tulang belakang yg dilaluinya pada 7 November.
Ya. Paknil turut ke hospital tempat Zamani menerima rawatan untuk mengetahui perkembangan operasi tetapi rupanya Zamani baru keluar dari OT ketika itu. Tidak mahu menganggu keadaan Zamani dan keluarga ketika itu, Paknil Cuma tinggal pesanan WhatsApp kpd isteri Zamani. Sebaik pesanan dibaca, Ju hubungi Paknil. Tkasih Ju. Kita Jgn putus berdoa untuk kesembuhan dan keselamatan Zamani ya. Untuk rekod, Zamani mula menghidap penyakit tersebut sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabia badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung. Kredit, Mstar/IG/Onlinemalaya. PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.