Pelakon Puteri Sarah Liyana menyatakan salah seorang ahli keluarga Ira Kazar selaku defendan mengeluarkan kenyataan mengaitkan namanya di media sosial minggu lalu.
Tidak boleh keluar sebarang kenyataan
Puteri Sarah, 37, berkata, peguamnya sudah melakukan penelitian berhubung kenyataan terbabit dan mendapati individu berkenaan sudah mel.nggar pr.ntah injuksi interim.
“Saya nak maklumkan ada ahli keluarga pihak sana yang telah mel.nggar pr.ntah injuksi. Jadi, hal berkenaan sudah diserahkan kepada peguam saya. Sepatutnya pihak sana diperintahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebut nama saya di media sosial. Pihak peguam dapat kesan ada individu daripada ahli keluarganya yang membuat kenyataan di media sosial dan itu tidak sepatutnya berlaku.” Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.
Warganet bagitahu
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberitahu dia mendapat tahu mengenai perkara tersebut daripada warganet. Katanya lagi, peguamnya menghantar satu notis komital, yakni penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai lalu kepada individu berkenaan.
Jujurnya saya hanya dapat tahu perkara tersebut apabila diberitahu oleh warganet. Ikutkan saya memang tidak mengambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja. Namun warganet sendiri yang maklumkan kepada saya dan saya terus menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk mendapatkan kepastian adakah mel.nggar atau tidak.
Jadi, peguam sudah mengesahkan ia mel.nggar dan surat daripada pihak peguam saya sudah diserahkan kepada individu tersebut semalam. Terdahulu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira Kazar pada 28 Jun lalu.
Pr.ntah itu didapatkan dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan (Ira) berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
Ia untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah. Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah. Sumber, Oh Bulan, Instagram @puterisarahliyana