Ds Anwar Ibrahim belum sampai 24 jam lagi angkat sumpah, sekali ini pula permintaan Fedtri Yahya

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengangkat sumpah Perdana Menteri ke-10. Ahli Parlimen Tambun itu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, di Istana Negara. Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas memperhalusi pandangan Raja-Raja Melayu pagi tadi. Pelantikan ini selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya mengusulkan cadangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan Jumaat pertama sebagai Perdana Menteri ke-10 dengan membacakan khutbah Jumaat, esok.

Menerusi ciapan di Twitter, Ahmad Fedtri berharap, masjid akan lebih makmur dengan sudut keilmuan, sekali gus dapat melahirkan hujjatul Islam yang berkualiti. Ciapan yang dimuat naik itu mendapat lebih 16,000 tanda suka dan pelbagai reaksi daripada warga maya. Seorang pengguna, Azlan Shah NK memuat naik hantaran mengharapkan Anwar akan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negara kerana ia merupakan tempat bermulanya gerakan reformasi, 24 tahun lalu. Samsuri Mamat pula berharap idea tersebut menjadi kenyataan dan Anwar dapat menyampaikan khutbah secara langsung.

Sementara itu, Athirah Yusof pula menyifatkan, ia sebagai cadangan yang cukup baik dan berharap Anwar dapat mempertimbangkannya. Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10. Istiadat angkat sumpah di Istana Negara menamatkan kemelut politik yang melanda negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas tiada gabungan parti politik meraih kemenangan dengan majoriti mudah. Kredit, utusan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version