Kesal bila Fezrul Khan enggan mengaku salah walaupun dah bagi bukti, sekali ini luahan Reen Rahim

Reen bersikap profesional dan tidak mahu memanjangkan isu. Susulan dkwaan dic.3kik oleh Fezrul Khan ketika sedang menjalani penggambaran sebuah filem, pelakon Reen Rahim memberitahu dia sudah menghubungi aktor berkenaan bagi menunjukkan bukti video perbuatan kasar yang dilakukan.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, bagaimanapun kesal apabila Fezrul tidak mengakui kesilapan tersebut dan menganggap kejadian itu sebagai sebahagian proses rakaman.

Reen hampir pengsan melakonkan babak dalam filem berkenaan.

“Saya kemudiannya ada mesej secara personal dan berikan video bukti menunjukkan saya memang benar-benar sakit dan bukannya ingin bersikap kurang ajar. Namun, dia masih tidak mengaku dan mengatakan perkara itu bukannya benar-benar berlaku. Saya sebenarnya mengharapkan selepas perbualan itu ada feedback positif daripada dia, tapi dah dia cakap macam tu, saya nak kata apa?” kepadanya.

Reen berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Daddyku Gangster yang diadakan di Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada malam Rabu. Kejadian c.3kik itu berlaku ketika mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran filem bertajuk Batu Syaitan.

Dalam satu babak yang dilakokan, Fezrul dilihat merangkul Reen dan tindakan itu dikatakan berlebihan sehingga boleh mendatangkan kecd.3raan. Mengakui kurang senang dengan apa yang terjadi, Reen secara tidak sengaja meninggikan suara sehingga menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka.

Saya mengharapkan selepas perbualan itu ada feedback positif daripadanya. Tapi dia masih tidak mengaku.

“Sebenarnya sejurus selepas kejadian itu saya memang ingin meminta maaf kepadanya, namun saya lihat pada waktu itu dia sedang dalam keadaan marah. Ketika itu memang saya hampir lost dan habis sahaja babak itu saya ada terjerit kepadanya. Terkeluarlah perangai ‘rumah’ saya macam kita bergaduh dengan adik-beradik,” jelasnya.

Reen tidak menolak sekiranya perlu bekerjasama dengan Fezrul lagi.

Sementara itu, Reen berkata dia sentiasa bersikap profesional dan tidak akan menolak sekiranya perlu bekerjasama lagi dengan Fezrul. “Kalau dia cakap tak mahu berlakon dengan saya lagi, apa yang boleh saya cakap? Tapi, saya okay sahaja sekiranya perlu bergandingannya dengannya nanti. Saya juga tidak ada masalah untuk bersama-sama mempromosikan filem kami itu nanti,” jelasnya

Sebelum ini, Reen meluahkan rasa kesal kerana dic.3kik oleh seorang pelakon senior ketika menjalani penggambaran sebuah filem. Bagaimanapun, Fezrul menafikan dia menc.3kik Reen dan menegaskan untuk tidak lagi berlakon bersama aktres itu kerana baginya pelakon perlu berlakon dengan jujur bukan semata-mata untuk mengejar glamor. Sumber, Mstar Online

Exit mobile version