Tular keterangan yang diberi oleh Ustazah Afifah, kini ustazah tampil jawab tentang segala kritikan dari warganet

Sejak kebelakangan ini, nama pendkwah bebas, Ustazah Afifah menjadi bualan hangat di laman sosial gara-gara membuat dua kenyataan panas dengan menggelar para suami dyvs kerana membenarkan isteri bersalin di sambut oleh doktor lelaki dan menyatakan bersalaman dengan artis boleh menghilangkan roh serta jiwa.

Akibat kenyataan tersebut, Ustazah Afifah dihujani dengan pelbagai kritikan di laman sosial daripada warganet dan kalangan artis. Sehubungan itu, Ustazah Afifah menyatakan yang ramai tersalah anggap dengan kenyataannya tular itu kerana hanya menonton video pendek yang telah disunting.

“Ramai salah faham dengan kenyataan saya sebab hanya menonton video pendek yang sudah disunting hingga menjadi tular,” katanya. Tidak terkesan dengan kritikan yang diterima, Ustazah Afifah memaklumkan bahawa dia tidak menyimpan amarah malah telah memaafkan individu yang mengkritik dirinya. Orang nak kata apa, tak apa. Orang kita tak faham. Kita nak sampaikan pada manusia. Biarlah mereka nak marah pada saya, yang penting bukan Allah SWT dan Rasulullah SAW di akhirat kelak. Suami adalah guru yang banyak mengajar saya soal agama. Suami saya bukan biasa-biasa. Begitu juga bapa dan datuk saya. Mereka semua orang beragama. Mungkin kerana drh yang mengalir itu membuatkan saya nak saya tahu lebih mendalam mengenal agama Islam. Saya mudah, tak perlu marah kepada orang awam, kerana saya anggap mereka tak tahu tapi mereka pasti akan faham apa saya perjuangkan ini suatu hari nanti. Saya maafkan mereka. Moga Allah ampuni dan ketuk pintu hati mereka. Manusia ada akal. Biar Allah bukakan pintu hati mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ustazah Afifah turut menjelaskan bahawa perkongsiannya itu di laman TikTok bukan untuk menempa nama atau kemashsyuran tetapi atas dasar tanggungjawab. “Saya bukan kejar duit dan glamor. Ini tanggungjawab saya untuk bersuara buat wanita yang tidak mampu. Berapa ramai wanita yang travma melalui situasi memalukan begitu ketika bersalin? Saya bukan nak bisnes dengan menggunakan agama. Ini memang cara saya dalam berdkwah. Saya cuma takut pada Allah sebab saya ada anak, cucu, cicit dan keturunan. Biarlah manusia ktvk kita, sebab itu tanda Allah sayang dan dekat dengan kita,” ujarnya lagi.

Kata Ustazah Afifah lagi, walau ramai yang mengkritik namun ramai juga yang menyokong dengan memberi semangat menerusi kiriman mesej. “Alhamdulillah, ramai sangat yang ‘backup’ saya dengan mesej saya secara peribadi. Sampai ada yang menangis fikirkan keadaan saya. Malah, ramai wanita menyokong apa saya cakap. Ada juga yang minta maaf sebab pada mulanya marah tengok video itu, tapi selepas tengok versi penuh barulah faham. Saya pun minta maaf juga sebab ada ketika penyampaian saya itu grang,” luahnya lagi.

Dia juga meminta orang ramai untuk membaca kenyataan yang sudah dikongsikan oleh Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad mengenai hkvm isu itu. “Apa yang dinyatakan Mufti Negeri Sembilan jelas. Dia tunjuk panduan jelas kepada orang awam berkenaan perkara ini dan apa hukumnya. Jadi, tidak ada siapa yang takkan faham,” kata Ustazah Afifah. Sumber, Harian Metro

Exit mobile version