Ada yang tanya mengenai hubungan dengan Shuk, tak sangka ini pula respon Rossa Sera

“Bukan kerana saya jual mahal atau tidak menghargai usaha Shuk, cuma sudah banyak yang berlaku. Hati ini masih lagi terluka,” kata isteri kepada pelakon dan pelawak, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera mengenai hubungannya dengan Shuk ketika ini. Sera juga belum dapat memperincikan keputusan sama ada untuk kembali bersama suaminya atau memilih jalan perpisahan. Sera atau nama sebenarnya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi sesi secara langsung di Tik Tok berharap peminat terus memberikan sokongan kepada mereka berdua.

“Sudah banyak kali sebenarnya soalan ini diajukan, tetapi saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat lagi. Walaupun kami masih lagi bersama atau tidak, saya berharap anda semua dapat memberikan sokongan walau apa jua keputusan yang kami ambil,” katanya. Baru-baru ini, Shuk berkongsi videonya berlepas menunaikan umrah bersama Sera. Menurut Shuk, umrah kali ini sangat istimewa kerana dapat bersama isterinya. Berkongsi keterujaan yang sama, Sera menjelaskan apa jua keputusan mahkamah sama ada baik atau tidak, dia dan Shuk mahu menjadi lebih bertanggungjawab dalam menguruskan anak-anak mereka.

November tahun lalu, Sera mendedahkan dia sudah memfailkan untuk berpisah terhadap Shuk selepas pelawak itu didakwa tidak setia. Kemelut rumah tangga Sera dan Shuk belum menemui titik noktah walaupun berdepan pelbagai kontroversi. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6; dan Nur Assyifatu Aimi, 3. Kredit, hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Muat naik video terbaru di Tanah Suci, Ramai yang suka tengok hubungan kini Shuk Sahar dan Rossa. Ramai sedia maklum, pelakon dan pelawak Shuk Sahar bersama isteri, Rossa Sera ketika ini sedang mengerjakan ibadah Umrah di Makkah. Berita berpergian mereka ke Tanah Haram turut disambut baik oleh peminat. Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian video yang dimuat naik Sera di laman TikTok, dia sempat berkongsi beberapa momen manis bersama Shuk ketika berada di sana. Pada video berkenaan, kelihatan Shuk sedang memeluk bahu isterinya sambil berjalan di sekitar kawasan Makkah sehingga membuatkan ramai warganet menumpang bahagia akan kemesraan yang dipamerkan kedua mereka.

Bertambah manis lagi, turut dilihat dalam video tersebut, Sera menyuapkan makanan kepada Shuk. Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut sama bahagia melihat hubungan mereka sudah bertambah baik berbanding sebelum ini. Malah tidak kurang juga yang mendoakan yang terbaik buat Shuk dan Sera. “Alhamdulillah, suka tengok rumah tangga Shuk dan Sera dah berbaik semula,” kata seorang wargamaya. “Shuk suami yang baik, dia buang ego. Setia dengan Sera,” komen seorang warganet. “Saya kagum dengan mereka berdua, Sera boleh je pilih orang lain, tapi dia bagi Shuk peluang kedua. Shuk pula buang ego untuk pikat dan kembali pada Sera. Love!” tulis seorang warganet.

Klik sini untuk lihat video. Untuk rekod, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah mendedahkan sudah memfailkan untuk berpisah terhadap Shuk pada November tahun lalu selepas pelawak itu didakwa tak setia. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun. Kredit, gempak.

Exit mobile version