Individu ni dedah lebih 38k taska yang tak berdaftar, ibu bapa boleh guna cara ni kalau nak tahu sama ada taska tersebut daftar atau tidak

Bagi ibu bapa yang prihatin dengan perkembangan anak-anak di usia muda, pastinya korang menghadapi kepayahan dalam mencari taska atau tadika yang sesuai buat anak anda. Yang paling penting, taska atau tadika itu mestilah berdaftar sebab kita mesti tak nak kejadian yang tak diingini berlaku ke atas anak kita, kan? Menerusi perkongsian sebuah pusat perunding pendidikan awal kanak-kanak, Cemban di TikTok, mereka ada mendedahkan cara untuk mengesan sama ada pusat taska dan tadika tersebut berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau tidak.

Salah satunya ialah dengan membuat pemeriksaan di website eprasekolah.moe.gov.my dan www.jkm.gov.my. Menurutnya, bagi ibu bapa yang pertama kali mencari tadika dan taska, mereka harus mendaftar masuk terlebih dahulu. Dari website berkenaan, korang boleh buat carian terhadap institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM dan JKM di seluruh negara. Carian ini juga meliputi institusi pendidikan awam dan swasta. Selain dari cara berkenaan, TikTok tersebut juga mendedahkan bahawa ramai ibu bapa yang curious dengan status taska yang dibuka di shoplot.

Menurutnya, cara mudah untuk mengesan sama ada taska tersebut berdaftar atau tidak ialah dengan melihat di tingkat apa taska tersebut dibuka. Jika taska itu dibuka di ground floor atau tingkat 1 (tingkat 2 jika ground floor dikira tingkat 1), ia dibolehkan tetapi jika ia dibina di tingkat 2 atau 3, ia bermakna taska tersebut tidak mendapat kelulusan KPM. Tambahnya lagi, terdapat lebih 38,000 taska yang tidak berdaftar di Malaysia dan hanya 4,000 lebih taska sahaja yang berdaftar di seluruh Malaysia. Malah menerusi satu videonya yang lain, perunding tersebut mendedahkan undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa berkenaan tingkat berapa taska dan tadika dibenarkan dibina.

Kebenaran ini juga bersangkut paut dengan faktor keselamatan sebagai contoh emergency exit dan kemampuan guru menyelamatkan kanak-kanak yang bergantung kepada ketinggian sesebuah premis. Take note ye parents kat luar sana kalau nak daftarkan anak ke pusat taska dan tadika. Check dulu kalau dah berdaftar atau tak. Klik sini untuk lihat video. Kredit, lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version