Isteri baru bersalin 7 bulan, terkini Fizo Omar kogsikan isteri tengah hamil 5 bulan

Baru tujuh bulan menimang cahaya mata, pelakon Fizo Omar mengumumkan isterinya,  Fazeera Nazri kini hamil anak kedua mereka. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fizo berkongsikan khabar gembira itu serta meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat yang diberikan. Fizo turut memaklumkan usia kandungan isterinya sudah pun melepasi trimester pertama dan kini mencecah lima bulan. Menurut Fizo, beza anak pertamanya bersama Fazeera iaitu Wan Khaleeda dengan anak kedua mereka itu adalah 11 bulan. Fizo juga sempat berseloroh mengatakan ‘kilang’ sentiasa buka. Klik sini untuk lihat video.

Perkongsian Fizo itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta tumpang gembira dengan berita tersebut. Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata pertama, Wan Khaleeda kini berusia tujuh bulan. Sumber, Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Tak sanggup lihat agama dan bangsa sendiri dijajah, sekali ini luahan dari Fizo Omar. Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mencatat sejarah kerana buat pertama kali Malaysia mengalami parlimen yang tergantung apabila tidak ada mana-mana parti yang mencapai majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan.

Pilih dengan bijak. Menerusi Instagram (IG), pelakon Fizo Omar, 37, bersuara dengan menyatakan sekarang ini adalah masa untuk pemimpin menentukan keputusan kerana rakyat sudah menjalankan tanggungjawab dengan keluar mengundi. Kata usahawan yang ‘buang’ undi di Kelantan, pemerintah baharu perlu mengenepikan soal mementingkan diri, kuasa dan harta demi kesejahteraan negara. Kami rakyat menanti dan terus menanti. Kami sudah melakukan bahagian kami, kini serah kepada anda wahai pemimpin sekalian. Ketepikan soal penting diri, kuasa dan harta demi selamatkan negara kita.

Utamakan agama & bangsa. Dalam pada itu, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar turut menekankan agar Perdana Menteri yang ke-10 ini merupakan individu yang beragama Islam serta berketurunan Melayu. Soal agama dan bangsa kita harus diutamakan. Kami tak sanggup melihat agama dan bangsa kita dijajah di depan mata dan di tanah air kita sendiri. Nota kaki: Biarlah orang kita, bangsa kita, agama kita yang memimpin kita. Sumber, Oh Bulan

Ramai yang kecoh dengan PRU15 tak lama lagi, kini Fizo Omar tampil berikan pendapatnya. Umum mengetahui seluruh warganegara Malaysia bakal menjalankan tanggungjawab kepada negara untuk mengundi pada 19 November ini. Sudah menjadi kemestian bagi para individu tertentu yang mewakili parti politik tertentu sedang giat memberi manifesto menjelang Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) nanti.

Titip Harapan Sebagai Rakyat Malaysia

Hal tersebut turut mendapat reaksi pelakon, Fizo Omar menerusi hantaran di Instagram yang menitipkan harapan sebagai rakyat Malaysia, mengharapkan persaingan yang sihat dan contoh yang baik daripada pemimpin. “Tidak lah tuju kepada mana mana pihak, tapi harapan kami sebagai rakyat supaya bukan sahaja janji manis tapi yang penting adalah perlaksanaan apabila dipilih dan diberikan kuasa.”-Tulis Fizo.

Pelbagai Reaksi Warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata rata warganet dilihat memberikan sokongan terhadap kenyataan Fizo, malah ada yang turut berharap individu yang terpilih menjadi pemimpin agar dapat bekerja dengan jujur dan amanah. “Betul tu Abe Joe janji wajib ditunaikan. Dan satu lagi masa berkempen kami tak nak dengar cerita r.4sis kami nak dengar apa faedah yang kami dapat sekiranya anda jadi pemimpin nanti apa yang kamu mampu buat utk kami seandainya kamu jadi pemimpin nanti.” Setuju janji mesti dikotakan jangan lepas ni tak nampak batang hidung.”Rakyat susah vir4l sana sini Ebit Lew jugak yang turun padang tolong. Pemipin-pemimpin mana pergi??” komen warganet Sumber, Murai.my

Exit mobile version