“Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni,” demikian kata pelakon Puteri Sarah susulan perkongsian terbaharu suaminya, Syamsul Yusof dalam Instagram meminta kedua-dua isterinya termasuk Ira Kazar bertenang. Menerusi hantaran di Instagram Story, Puteri Sarah membidas kenyataan Syamsul dengan mengatakan, orang jhil sentiasa akan mempamerkan kejahlannya. Malah, katanya, dia kecewa dengan tindakan suaminya kerana akan memberi kesan kepada anak-anak.
Saya cuba tidak bertindak balas atas kerosakan yang sudah dilakukan, tetapi saya sangat bertanggungjawab untuk mengatakan bahawa sangat kecewa dan malu bagi pihak anak-anak serta keluarga. Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan saya tidak dapat menafikan hak mereka dengan telefon,” tulisnya. Puteri Sarah turut menasihatkan Syamsul lebih berhati-hati dan menjaga segala tingkah lakunya dalam media sosial. “Jaga sensitiviti anak-anak dan keluarga awak. Jangan sesekali menyakiti perasaan anak-anak. Fikir sebelum awak membuat sebarang hantaran,” tulisnya lagi. Terdahulu, Pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu memuatnaik hantaran yang meminta Puteri Sarah dan Ira bersabar berserta gambar ketika perkahwinan mereka.
“Selamat pagi! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,” tulisnya. Isteri pertama Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana merayu kepada suaminya untuk melepaskannya kerana tidak rela dimadukan. Pengumuman mengejutkan itu dibuat Puteri Sarah di Instagram selepas Syamsul masih menyekat nombor telefonnya. “Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak sekat saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu,” tulisnya ringkas. Perkongsian Puteri Sarah itu mengejutkan ramai pihak sehingga memintanya untuk terus kuat dan tabah mengharungi d.ugaan hidup ini.
Rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan tindakan Syamsul memuat naik hantaran yang berharap kedua-duanya isterinya itu bersabar dan bertenang. Dalam hantaran yang sama, Syamsul turut memohon doa yang baik-baik untuk mereka. Sumber, HM/IG/om. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Tak rela berkongsi kasih, Puteri Sarah minta suami lepaskan dia buat ramai yang tak sangka. Kisah rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan suami Syamsul Yusof hampir mencapai kemuncak apabila aktres itu menyatakan hasrat mahu menamatkan ikatan perkahwinan mereka. Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata dia tidak rela hidup bermadu dan meminta Syamsul agar segera melepaskannya. Kata Sarah, dia kesal apabila sehingga kini Syamsul masih mendiamkan diri dan tidak mahu berbincang menyelesaikan isu yang hangat diperkatakan. “Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak ‘block’ saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang. “Saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic. Kami layak yang lebih baik,” katanya menerusi catatan di Instagram miliknya.
Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik dua foto anaknya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, yang berusia empat tahun.Sehubungan itu, netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar urusan Puteri Sarah dipermudahkan. “Semoga dipermudahkan buat Puteri Sarah, Allah bersamamu. Semoga kuat untuk diri sendiri dan anak-anak. “Keputusan yang bagus Puteri Sarah, terus kuat,” antara komen warganet. Sebelum ini, Syamsul menerusi meminta dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar bertenang dan banyakkan bersabar berdepan ujian hubungan mereka. Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.