SELEPAS melangsungkan akad nikah pada 24 Disember lalu, pelakon Reen Rahim sekali lagi diraikan menerusi majlis menyambut menantu di sebelah keluarga suami yang diadakan pada Ahad. Namun apa yang menarik perhatian warganet, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini diraikan dalam sebuah majlis kenduri bersama adik iparnya meskipun dia seorang selebriti popular. Ramai memuji sikap rendah diri Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim yang diraikan dalam majlis berkonsepkan kampung dalam suasana sederhana. “Rileks jer Reen sanding dengan adik ipar. “Dia artis kot tapi dia tak kisah pun sanding dengan pasangan lain. Ala kadar sahaja kendurinya. Respect Reen memang the best! Klik sini untuk lihat video.
“Berulang kali tengok, Reen Rahim ke tu? Terbaik Reen, ringkas sahaja majlisnya,” tulis warganet. Menerusi video tersebut, Reen dan suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 29, dilihat menggayakan busana songket berwarna hijau zamrud, manakala adik iparnya dan isteri menyarung songket berwarna maroon. Dalam video berkenaan memperlihatkan pasangan pengantin sedang berarak ke khemah perkahwinan yang memperlihatkan Reen tersenyum berjalan sambil memaut lengan suami. Namun apa yang mencuit hati, Reen sempat mengusik adik iparnya yang berjalan sambil membuat wajah serius seperti hendak pergi berperang. “Alhamdulillah, selesai majlis sambut menantu belah suami. Sederhana itu indah.
“Tapi aku macam nak pang je adik ipar aku, dia ingat dia nak pergi perang ke buat muka macam tu,” katanya. Untuk rekod, Reen dan Hazim mendirikan rumah tangga pada 24 Disember tahun lalu di Bora Ombak Marina, Putrajaya.Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir, 63, dihadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim. Pada majlis tersebut, Reen menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 berserta set barangan kemas seperti rantai, gelang dan sebentuk cincin. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Rumah hampir kena pokok kelapa yang tumbang, Reen Rahim kongsikan keadaan rumah ibu bapa buat ramai yang mendoakan. HATI Reen Rahim luluh apabila melihat keadaan rumah ibu bapanya yang bocor dilimpahi air selain pokok kepala di halaman rumah tumbang akibat angin kuat. Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata, dia sudah menyimpan hasrat untuk menaik taraf rumah tersebut namun tidak menyangka kejadian itu menimpa keluarganya. “Allahuakbar, hancurnya hati… niat tahun ini memang simpan duit sebab nak renovate rumah Umi sebab paling takut jadi macam ini,” katanya. Reen berkongsi mengenai keadaan rumah ibu bapanya di Instagram pada Khamis. Air menitis dalam rumah ibu bapa Reen Rahim.
Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat air menitis memasuki rumahnya di beberapa bahagian seperti ruang tamu dan dapur. Tidak hanya itu, rumah ibu bapa pelakon berkenaan juga hampir kena pokok kelapa yang tumbang akibat angin kuat.
Dalam pada itu, Reen memberitahu kejadian tersebut akan membuatkan dia berazam untuk bekerja lebih keras bagi mengumpul wang membaiki rumah tersebut. “Sudah tertulis jadi macam ini, mungkin ini buatkan saya lagi nak kerja kuat simpan duit untuk buat rumah Umi elok-elok. Doakan Umi dan abah kuat okay. “Patut hari ini Reen bawa mereka jalan-jalan tapi confirm balik ni Reen kena ‘bersilat’ kemas rumah,” katanya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian dan simpati peminat yang mendoakan agar urusan keluarganya tersebut dipermudahkan. “Allah uji, Allah sayang… semoga Reen sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. “Tidak mengapa Reen. Nanti Allah buka jalan rezeki untuk dapat lebih baik. Allah nak bagi lagi, dia akan bagi ujian lain dulu,” antara komen warganet. Kredit, mstar.