Kecoh diperkatakan hari ini mengenai satu kejadian membabitkan dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan yang brblah di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dalam laporan Kosmo! berkata, isteri kedua tampil membuat laporan polis mengenai kejadian kira-kira jam 2.18 pagi. Menurut pengadu, dia yang merupakan isteri pertama dipercayai menarik rambut pengadu di dalam restoran tersebut. Dia dikatakan marah dan mengatakan pengadu berkahwin dengan suaminya secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya. Siasatan awal mendapati punca akibat dia tersindir dengan kenyataan pengadu dalam sebuah program dan marah berkahwin dengan suami tanpa pengetahuannya.
Mereka dilaporkan turut bertngkar di luar premis. Isteri pertama difahamkan turut membuat laporan polis dan kedua-dua pihak termasuk bekas jurulatih dipanggil untuk beri keterangan. Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman memuat naik satu hantaran di laman Instagram menitipkan pesanan kepada pihak produksi TV3 berhubung program realiti nyanyian Famili Duo. Menurut laporan Cari Forum, pelakon berusia 51 tahun itu meminta agar perkahwinan Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin Hassan tidak diulas atau dijadikan sebagai bahan jenaka. Ini kerana bagi menjaga hati isteri pertama jurulatih bola sepak tersebut, Datin Zalina Zaini yang juga anak saudaranya.
Walaupun hantaran tersebut sudah dipadam, rakan artis Datuk Fizz Fairuz berkongsi semula perkara itu di Instagram miliknya. Berikutan itu, selebriti popular Janna Nick ada muncul di ruangan komen meminta gambar tangkap layar memaparkannya sebagai pengacara program berkenaan dipadam. Malah, dia juga memohon maaf kerana tidak sensitif berhubung hal yang tidak diketahui atau dimaklumkan kepadanya lebih awal. “Salam, tolong padam gambar saya sebab saya takde kena mengena dengan masalah keluarga ni. Maaf kerana tidak sensitif tentang perkara saya tidak tahu atau diberitahu lebih awal,” tulisnya. Namun begitu, rata-rata warganet atau penonton sendiri membidas kenyataan Janna mendakwa dia yang memulakan isu tersebut dengan melontar soalan provokasi terhadap Fyna.
Bagaimanapun, segelintir individu menganggap soalan diajukan Janna tidak perlu diperbesarkan memandangkan perkahwinan Fyna dengan Zainal sudah diketahui umum. Terdahulu, Fyna yang juga adik kepada penyanyi Ayda Jebat dikatakn terlibat dengan prblahan bersama madunya di sebuah restoran mamak di Shah Alam, Selangor. Sumber: LimauAsamBoi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.