Tengah kecoh pasal Masya makan sotong hidup, sekali ini pula penjelasa dari Mufti yang ramai tak tahu

Baru-baru ini telah tular sebuah perkongsian melalui akaun Instagram penyanyi, Masya Masyitah yang sedang bercuti di Bangkok, Thailand telah menerima pelbagai reaksi warganet. Apa yang menarik perhatian adalah tindakan berani Masya mencuba beberapa hidangan mentah ketika percutiannya itu. Penyanyi berumur 23 tahun itu, menerima kecaman selepas dilihat berselera menikmati juadah sotong dan udang yang masih hidup tanpa rasa ragu-ragu di sebuah pasar malam di Thailand. Menurut Masya, pada awalnya dia turut berasa seakan-akan mustahil untuk menelan makanan tersebut namun tidak menyangka dapat menikmatinya sehingga habis.

Menerusi video tersebut, kelihatan Masya sedang menikmati hidangan sotong dan udang yang masih hidup di dalam bekas makananya dengan penuh selera. Tambahan pula, dia turut mengangguk-angguk kepalanya sebagai tanda hidangan tersebut menepati cita rasanya. Tinjauan ke ruangan komen mendapati, rata-rata warganet menegur tindakan Masya yang didakwa seolah-olah tiada rasa ihsan dan belas kasihan terhadap haiwan yang masih hidup dan mereka juga sempat menitip pesanan agar tidak menjadi ikutan kepada orang ramai.

Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Menurut penjelasan dari laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, mereka berpendapat memasak ikan atau sotong kurita atau mana-mana hidupan laut ketika masih hidup adalah makruh dan hukum memakan haiwan berkenaan ketika masih lagi hidup adalah makruh sekiranya tidak memudaratkan. Sumber, Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version