Teruk kena kritik dengan warganet sebab penampilan menjolok mata lepas balik umrah, sekali ini pula respon Intan Najuwa

Pelakon Intan Najuwa telah dikritik di media sosial gara-gara berkongsi foto percutian menampakkan bahagian perut selepas pulang mengerjakan umrah. Susulan artikel yang mengundang salah faham, Intan tampil menegaskan petikan ‘menilai dari rupa’ bukan kenyataan darinya sebaliknya diambil daripada sumber lain. Menurut Intan, dia masih dalam proses mempelajari serta bersikap terbuka dengan teguran yang diberikan. “Saya juga masih belajar banyak benda. Sesiapa yang bagi nasihat, saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tak bagus pun, malah tidak sempurna langsung. Saya juga pernah bergelut dengan dalaman saya untuk sentiasa perbaiki diri dan sebagainya. Jadi, ini adalah kenyataan saya dan terima kasih di atas semua nasihat.

Sementara itu, menerusi hantaran berbeza di Instagram (IG), Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd. Wahid berkongsi permohonan maaf yang diterima daripada warganet yang sudah ‘sedar’ selepas mengeluarkan komen-komen kesat. Akui individu yang tidak didedahkan identiti itu, dia telah mendh aktres berumur 26 tahun sudah mencbr Allah SWT. Dalam pada itu, insan terbabit turut mendoakan agar pelakon drama Kekasih Paksa Rela akan menjaga imej wanita, kekal istiqamah serta dipermudahkan urusan.

Komen warganet:

Sumber, OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Baru balik dari tanah suci, ramai yang terkejut bila tengok penampilan terkini Intan Najuwa. Sebelum ini, pelakon Intan Najuwa meluahkan rasa gementar apabila ingin menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya pada 3 Januari lalu. Namun begitu, tindakannya memuat naik foto menjolok mata ketika bercuti di Dubai baru-baru ini menjadi bualan warganet. Menerusi hantaran di Instagram, memaparkan Intan mengenakan gaun berwarna mustard dengan berlatarkan padang pasir. Dalam pada itu, kelihatan pelakon Jesnita ini turut menaiki kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV).

Namun, apa yang menjadi perhatian warganet adalah gaun yang dipakai oleh pelakon berusia 26 tahun itu di mana ia terdedah di bahagian tepi perutnya sekaligus mengundang kritikan memandangkan dia baru sahaja pulang dari Tanah Suci.

Sumber : Ohbulan.

Exit mobile version