Dah sedia untuk timang anak kedua, kalau ada rezeki Fazura nak anak lelaki pula

SELEPAS anak sulungnya iaitu Nur Fatima Aisya menginjak usia dua tahun, pelakon Nur Fazura memberitahu dia sudah bersedia untuk hamil cahaya mata kedua. Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin, 40, berkata pada awalnya dia merancang untuk menimang anak kedua pada tahun ini, namun terpaksa menimbangkan semula hasrat itu kerana terikat dengan jadual kerja yang agak padat. “Kalau boleh saya nak melahirkan pada Disember tahun ini, tapi sekarang dah Januari. Lepas tu ada filem lagi. Bila nak buka ‘kilang’ tu kan.

“Sekarang saya tengah berebut masa, dengan bisnes, nak berlakon lagi. Saya berdoa semoga Allah permudahkan semuanya dan mudah-mudahan tercapai apa yang saya mahukan ini,” katanya. Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di anugerah Nona Superwomen 2022 yang diadakan di M Hotel & Resort, Bukit Kiara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu ini memberitahu dia mengimpikan untuk memiliki anak lelaki bagi cahaya mata kedua ini.

Dia bagaimanapun tetap bersyukur sekiranya dikurniakan anak perempuan lagi kerana menyedari ramai lagi pasangan yang masih menantikan kehadiran zuriat. “Memang saya mengharapkan anak lelaki, tetapi kalau anak perempuan pun saya terima kerana semua itu ketentuan Allah dan saya bersyukur. “Ramai di luar sana masih mengharapkan zuriat dan saya bersyukur sekiranya dikurniakan anak lelaki atau perempuan, asalkan sihat,” ujarnya. Ditanya mengenai penglibatan Fatima dalam dunia seni, Fazura berkata dia tidak mahu terlalu mendedahkan anaknya dalam bidang ini.

“Saya tak mahu dedahkan dia sangat sebenarnya, ada beberapa tawaran yang memang mahukan Fatima jadi duta. “Kalau boleh saya tidak mahu terlalu beri pendedahan kepadanya kerana nanti dah besar takut dia salahkan Mommy pula suruh dia kerja. “Kalau ada rezeki dia dan Allah dah tentukan, saya ikut sahaja,” katanya. Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020. Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Tular video Athisha dengan Fazura, tapi ini pula komen warganet lepas tengok tu. SELEBRITI wanita yang sering mendapat pujian kerana sifat merendah diri iaitu Fazura sekali lagi menarik perhatian warganet di media sosial apabila memuat naik video pendek memberi pujian kepada adik Neelofa iaitu Athisha Khan. Fazura dan Athisha dilihat cantik mengenakan busana berwarna merah jambu saling bertegur sapa di dalam sebuah majlis yang diadakan di Kuala Lumpur pada malam Rabu. Dalam rakaman yang dikongsi di Instastory, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu memuji Athisha memiliki rupa paras yang cantik.

Fazura juga terlihat beramah mesra bersama rakan selebriti. “Tengok wanita ini sangat cantik,” kata Fazura. “Terima kasih! Awak pun selalu terlihat cantik,” balas Atisha pula. Video pendek itu kemudiannya dikongsi semula oleh pemilik akaun TikTok skincarebyfazura. Rata-rata memuji kecantikan kedua-dua selebriti ini dan menyifatkan Athisha seorang yang sangat merendah diri serta peramah. “Keduanya cantik! Saya suka Athisha dengan Fazura sebab mereka berdua sangat merendah diri. “Athisha memang baik dengan semua orang. Dia jenis seorang yang tidak suka masuk campur masalah antara adik-beradiknya,” kata warganet. Klik sini untuk lihat video.

Sumber, MSTAR ONLINE. 

Exit mobile version