Puteri Sarah nekad failkan untuk berpisah, sekali Diana Danielle tampil luahkan sesuatu

Pelakon Diana Danielle berpendapat rakan baiknya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana pasti mempunyai sebab tersendiri memfailkan perpisahan. Memetik BH Online, Diana berkata dia tidak menyebelahi mana-mana pihak namun baginya tiada wanita yang mahu berpisah tanpa sebab serta memahami perasaan wanita. “Saya rasa tiada wanita yang ingin membuat begitu (berpisah) tanpa sebab. Tetapi, biar begitu kita tidak boleh bercakap banyak kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.

“Saya tidak mahu berpihak kepada sesiapa berhubung isu ini. Namun, sebagai wanita semestinya saya memahami perkara yang dibangkitkan sebelum ini,” katanya. Menurut Diana lagi, tiada siapa boleh menjangkakan apa terjadi di masa hadapan serta mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah. “Dalam kehidupan, kita tidak boleh menjangka pengakhiran dalam apa juga keadaan. Kita hanya mampu memberikan terbaik dan Puteri Sarah juga sudah membuat sebaik mungkin buat keluarganya. “Jadi, kita hanya menyokong apa sahaja tindakan yang diambil. Apa sahaja yang terbaik buat Puteri Sarah dan anak-anaknya,” katanya. SUMBER BH ONLINE

Ramai yang pelik bila keluarga tiada yang bersuara, sekali Puteri Sarah dedah ini yang menyebabkan mereka tidak bersuara. Krisis rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof sememangnya menjadi topik utama di media sosial sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Selain Puteri Sarah dan Syamsul, keluarga pengarah tersohor itu juga turut ada membuat kenyataan berhubung rumah tangga mereka yang sedang diuji. Namun, ramai tertanya-tanya mengapa tiada seorang pun ahli keluarga Puteri Sarah yang tampil mengulas perihal isu tersebut sedangkan mereka sentiasa menyokong setiap tindakan pelakon itu dalam menegakkan keadilan untuknya dan anak-anak.

Menerusi laporan, Puteri Sarah memaklumkan keluarganya terutama ibu bapa tidak lantang dalam isu rumah tangganya disebabkan faktor kerjaya yang terlibat dalam bidang profesional. “Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya. Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya. Dia yang ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam turut memperkenalkan dua orang adik, Puteri Sofia dan Megat Imran yang menemaninya sebelum membuat tuntutan cerai.

“Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara. “Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material. “Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” ujarnya. Tindakan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati yang menuntut cerai kepada suaminya adalah disebabkan kemelut rumah tangga yang dihadapi sejak 4 tahun lalu. Kemuncaknya berlaku apabila Syamsul sendiri memuat naik video mengakui telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan wanita itu, Kazar Saisi.

Sejak Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, ibunya Datin Patimah Ismail tidak merestui perkahwinan tersebut. Terbaru, Datin Patimah ada memuat naik ‘quotes’ dari Majalah Nona berkenaan poligami yang memecah belahkan bukanlah mengikut sunnah. “Islam tidak menyuruh berkahwin lebih daripada seorang, tetapi membenarkannya dengan bersyarat. Poligami yang memecah-belahkan bukan mengikut sunnah,” tulis quotes itu. Sebelum ini, Datin Patimah berkata dia bersedia untuk memaafkan Syamsul namun tidak keluarga Ira Kazar.

Sumber, Kosmo!

Exit mobile version