Bagi ibu bapa tiada hal yang lebih membahagiakan apabila dapat meluangkan masa bersama anak melakukan aktiviti bersama – sama. Apatah lagi bagi ibu bapa yang bekerja, masa yang terhad memuatkan mereka lebih menghargai masa bersama anak ketika mareka masih kecil. Momen – momen seperti inilah yang akan dikenang apabila mereka menigkat dewasa kelak dan sibuk dengan urusan sendiri. Seperti perkongsian terbaru pelakon Sharnaaz Ahmad dimana dia meluangkan masa dengan anak lelakinya, Jebat Jayden. Menerusi perkongsian tersebut, Sharnaaz dan Jebat sedang mempromosikan produk frozen jenama Pak Mat Western.
Apa yang menarik perhatian adalah celoteh Jebat ketika bersama babanya yang membuat mereka yang melihat tidak kering gusi. “Cubaan pertama menjadi pelakon dari Anak antoo junior.. apa pun Pakmat Western tetap menjadi pujaan hati kedua dua kami anak beranak.. tak percaya try ahhh,” tulis Sharnaaz. Dalam pada itu juga Sharnaaz sempat bertanyakan soalan cepumas kepada anaknya dimana Jebat membenarkan atau tidak babanya kahwin lagi. Jawapan yang diberikan oleh Jebat nyata mengejutkan babanya sambil ketawa berdekah dengan jawapan oleh Jebat itu. Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur menonton lakonan Jebat bersama babanya. Klik sini untuk lihat video.
Komen Warganet:
Sumber : https://beritaawani.com/. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Titip ucapan pada bekas isteri sempena hari ibu, Sekali ini yang Sharnaz katakan buat ramai setuju. Memang tak asing lagi kita dengan pelakon lelaki g4nas dan kacak ini. Bersempena hari ibu Sharnaaz menitipkan ucapan hari ibu buat Nabila malah turut berterima kasih padanya kerana menjadi ibu yang hebat buat Jebat. ‘Kasih Ibu Selamanya’ adalah tema sambutan Hari Ibu pada tahun 2022 bagi menghargai wanita terpenting dalam kehidupan setiap insan. Pelakon, Sharnaaz Ahmad turut tidak ketinggalan memberikan ucapan istimewa buat bekas isterinya, Noor Nabila yang merupakan ibu kepada anak lelaki mereka, Jebat Jayden Ahmad.
Titip Ucap Hari Ibu Buat Nabila
Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz menitipkan ucapan hari ibu buat Nabila malah turut berterima kasih kerana menjadi ibu yang hebat buat Jebat. “Happy mothers day to Mummy @noornabila…Terima kasih menjadi super mummy dan angry mummy kepada Jebat Jayden Ahmad. Jebat ada mummy yang sangat penyayang cuma akan bertukar menjadi raksasa yang ganas kalau Jebat buat perangai pak dia “- Sharnaaz Ahmad
Pemilihan Calon Mak Baru Kini Dibuka
Tambahnya lagi, Sharnaaz turut berseloroh mengenai dirinya yang kini sudah membuka pemilihan calon isteri yang baru. “Pemilihan calon mak baru kini dibuka. Sila bertenang.”- Sharnaaz Ahmad. Warganet dan rakan artis luah rasa teruja. Di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis meluahkan rasa teruja dengan kapsyen Sharnaaz malah ada yang mendoakan agar Sharnaaz cepat bertemu jodoh. Kata warganet “Ayat last pun.”-Elizad Sharifuddin, “Pilih orang Penang pulak. Senang nak balik kampung makan nasi kandar.” “Nahh untuk caption last. Semoga cepat bertemu jodoh.” “Lawak @sharnaazahmad.. Terbaik ucapan..” Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Namun mereka telah berpisah pada 9 Julai 2020. Sumber, murai