Datuk K buang skuter, ramai yang geram bila tengok Aafiyah kongsikan cerita masa dia jatuh

Baru-baru ini tular di laman sosial apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza memberitahu bahawa anaknya, Aafiyah terjatuh dan mengalami kelukaan. Berita tersebut menjadi bualan ramai dan ramai yang risau akan Aafiyah. Menerusi halaman tiktok, tular video kongsian Tya Arifin di mana dia menemubual Aafiyah. Aafiyah bercerita yang dia terjatuh semasa bermain skuter. Aafiyah juga cerita yang ayahnya Datuk K telah membuang skuter tersebut. Kecerdikan dan kecomelan Aafiyah bercerita membuatkan ramai terhibur. Klik sini untuk lihat video.

@AshikinAbRahman, fuhhhhh dato k buang skuter . kalau aku yg jatuh skuter. bapak aku buang aku bukan skuter tu. @nrshhkdin, kadang aku lupa yee aafiyah ni adik ipar tya, ingat mcm anak buah jeee dieorg. @Athirahbalqis, anak ksygan Datok k…dh la sorg tu je anak pmpn Dato k. @nurhanisahz, Afiyah ni ibarat didikan mcm budak2 zaman 90an. Bagus Afiyah ni. @SayaRose, Aafiyah ni dia mcm lasak sikit..tak pa aafiyah pas ni main mainan2 yg selamat pulak. @mommyummar2, syg anak..lagi2 anak perempuan sorang..macam suami Sy jugak..ada anak lelaki sorang..apa benda yg buat anak luka..dia hawing buang

@Eyrascha, sama la kita aafiya, dulu tgh famous kasut ada roda satu main punya main smpai jatuh patah tangan. mama buang kasut tu.. @farrraaaaa, mcm bapak aku. aku dengan adek aku berebut basikal lepas tu kaki adek aku tersepit, bapak aku buang basikal tu ahahahhahaa. @ieyamyrul,apa la perasaan ayah afiya ni ea. mesti dia marah skuter tu. kurang aja nye skuter. kerana ko anak aku naik ambulans. @🇸🇬by_haneyredwan🇸🇬, ahh sama mcm aunty anak aunty main skuter sampai jatuh pata tgn terus buang. @ayramedina, muka afiyah nk mcm siti Saerah Adik tokti pon ada jgk sikit²

Sumber, TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version