Penyanyi Wafariena memilih menyanyikan semula lagu Tamil berjudul Manippaya kerana ingin menembusi pasaran masyarakat India. Wafariena, 28, atau nama sebenarnya Wafariena Roslan mengakui bukan mudah untuk menyanyikan lagu itu kerana perlu memastikan lenggok dan intonasi tepat. Kongsi Wafariena, dia mengambil masa selama tiga hari untuk mempelajari melodi dan sebutan lagu itu. Ini adalah satu sesi pengenalan bagi menembusi pasaran masyarakat India kerana saya bakal berduet lagu Bahasa Melayu dengan penyanyi lagu India.
Proses untuk belajar lagu ini bukan mudah sebenarnya kerana saya perlu memastikan lenggok dan intonasi adalah betul. Kalau salah nyanyi, maksudnya berbeza dah. Dan saya juga tabik kepada penyanyi lagu India kerana berjaya melakukan sesuatu yang bukan mudah. Cuma saya hanya menyanyikan saja tidak sehingga memahami maksud lagu berkenaan. Selain rakan duet, ibu saya juga banyak mengajar saya untuk menyanyikan lagu ini dengan baik. Selain bergiat aktif dalam bidang muzik sebagai penyanyi, Wafariena turut aktif dalam lakonan. Antara karya lakonannya yang menonjol adalah drama bersiri 7 Hari Mencintaimu.
Anak keempat daripada tujuh adik beradik itu memulakan kerjaya awal sebagai penyanyi pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kedit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.