Siapa sangka, aksi seorang pemuda menjual pisang goreng cheese dengan kepala senget dan ayat ‘biasa? maksudnya?’ menjadi asbab perniagaannya itu mendapat sambutan luar biasa sebaik sahaja tular di media sosial. Malah, personaliti menarik dan rupa paras kacak membuatkan Adib Aidil, 24, dilamar beberapa agensi bakat yang menawarkan dirinya menjadi seorang model. Terkejut dengan maklum balas yang diterima, Adib yang juga merupakan seorang graduan sekolah penerbangan berkata, dia tidak menyangka akan dikenali ramai orang selepas rakaman video tersebut tular di aplikasi TikTok. Malah, Adib juga mengaku kesan viral di platform media sosial itu memberi kesan yang besar terhadap diri dan perniagaan.
Memetik laporan mStar, Adib menjelaskan, walaupun sering menerima tawaran untuk menjadi seorang model, namun dia lebih memilih untuk kekal fokus terhadap perniagaan yang diusahakan, selain menegaskan masih belum melupakan impiannya untuk bergelar sebagai seorang juruterbang satu hari nanti. Sementara itu, Adib turut menepis dakwaan kononnya dia merupakan lelaki lembut dek kerana karakternya yang ‘soft spoken’.
Itu memang gaya percakapan saya terutamanya dengan orang yang lebih tua atau pelanggan yang lemah lembut. adi, saya lebih kepada lemah lembut dan bukan lelaki lembut, ujarnya. Kredit X tra . PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.