Penyanyi Wany Hasrita dan kumpulan De Fam merupakan salah seorang yang membuat persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu ke-37. Walau bagaimanapun, penampilan Wany pada malam itu jadi perhatian warganet di media sosial. Pada malam AJL37, Wany kelihatan mempergayakan busana berwarna coklat bersama songket rekaan pereka fesyen Seth and Luna ketika membuat persembahan bersama kumpulan De Fam. Penampilannya itu meraih perhatian warganet apabila dikatakan sopan dan cantik biarpun berpakaian longgar. Dalam pada itu, terdapat juga spekulasi daripada segelintir warganet yang melihat Wany seperti sedang berbadan dua.
Menjengah ke ruangan komen, selain daripada ramai yang berteka-teki tentang hamil mahupun tidak, terdapat juga yang tidak putus memuji keanggunan Wany pada malam berprestij tersebut dengan busana yang sesuai untuk wanita yang bertudung. Sumber, Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Wany, suami kembali berjauhan. Penyanyi popular, Wany Hasrita kembali menjalani hubungan jarak jauh dengan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, selepas sebulan berkahwin. Wany, 30, atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia dan suami mengambil cuti selama sebulan untuk meluangkan masa bersama sebelum kembali sibuk dengan kerjaya masing-masing. “Sebelum ini dua minggu saya duduk di rumah suami di Kuching, Sarawak dan sekarang baru kami kembali bekerja. Kami berdua masing-masing ambil cuti sebulan sebab tahu selepas ini memang susah nak jumpa.
“Alhamdulillah, biarpun kami menjalinkan hubungan jarak jauh, semuanya okay kerana masing-masing memahami. Kami juga setiap hari berhubung dan membuat panggilan video. Diharapkan persefahaman ini sampai bila-bila. “Sepanjang bercuti pun kami berdua banyak lepak di rumah, sebab kami tahu apabila sudah kembali bekerja nanti, tiada peluang nak bersama. Lepak di rumah adalah momen yang seronok buat kami berdua,” katanya kepada Harian Metro. Dalam masa sama, Wany berkata dia belum lagi ditanya mengenai soal cahaya selain masih mendapat ucapan tahniah atas perkahwinan yang dibina.
“Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi yang bertanya mengenai cahaya mata. Sekarang ini ke mana saya pergi dan berjumpa orang, mereka banyak mengucapkan selamat pengantin baru memandangkan saya pun baru sebulan berkahwin. “Kalau ada bertanya pun tak mengapa sebab saya rasa pada usia 30 tahun ini, penerimaan saya pada pertanyaan orang ramai agak tenang. Saya juga lebih relaks. Tiada apa nak kecil hati dan seumpamanya. Tapi perlu diingatkan, ‘common sense’ itu perlu pada setiap orang,” katanya. Terdahulu Wany ditemui di siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya.
Wany dan suami yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak bernikah pada 22 Julai lalu. Dalam perkembangan lain, Wany bakal muncul dengan single baharu bersama Datuk Jamal Abdillah dan Wani Syaz. “Saya ada satu lagi projek bersama Datuk Jamal yang mana kami menyanyikan lagu lama. Lagu ini pun dinyanyikan bagi memenuhi permintaan FMC Music. Seterusnya saya akan merakamkan single duet dengan Wani Syaz. “Dalam masa sama saya juga sedang mencari komposer untuk menghasilkan single solo,” katanya.