Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) tahun ini bukan saja bakal dimeriahkan dengan barisan finalis hebat tetapi turut diserikan dengan kehadiran Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama. Acara yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu nanti mengangkat tema ‘Dimensi Muzik’ dan turut mempertaruhkan sebuah kategori baharu iaitu ‘Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja. Datuk Alha Alfa atau nama sebenarnya Datuk Seri Abdul Al Halim Al Fadzil dalam satu temu bual eksklusif bersama OHBULAN! mengatakan beliau melihat AJL 37 sebagai satu platform yang baik untuk beliau menunjukkan sokongan buat barisan selebriti tanah air.
Biasanya menerusi AJL sebelum ini, perhatian kita lebih tertumpu ke arah fesyen yang diketengahkan tetapi untuk tahun ini kita nak hasil gabungan tema bersama solekan nanti meninggalkan kesan yang lebih memukau. Tambahnya lagi, beliau melihat tema ‘Dimensi Muzik’ sebagai sesuatu yang bakal mencabar kreativiti. Namun, beliau yakin mampu untuk mempamerkan sebuah visual solekan dengan standard baharu nanti. Bila ditanya soal kelainan yang ingin ditampilkan menerusi AJL 37, katanya beliau telah memperkenalkan sebuah kategori khas ‘Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja’ yang membolehkan warganet untuk memilih pemenang kategori ini nanti menerusi TikTok @alhaalfaofficial. Saya ingin membuka satu ruang melalui laman TikTok saya yang membolehkan warganet untuk memberi pendapat dan mengundi persembahan kegemaran mereka pada malam tersebut. Sumber Oh Bulan.
Pada malam itu nanti juga kami bakal mengadakan sesi jualan secara live untuk Set Dimensi yang dikeluarkan istimewa bersempena AJL 37. Set Dimensi hadir dengan serum kolagen yang mengandungi foundation serta lip booster. Ianya boleh didapati dengan harga RM59.90 sahaja berbanding harga asal RM79.90 jika dibeli menerusi Tiktok live @alhaalfaofficial. Set Dimensi dihasilkan khusus untuk mereka yang mahu tampil lebih natural tanpa solekan tebal serta merawat kulit agar kekal sihat.
Setiap pembelian produk Alha Alfa Cosmetics bermula malam 12 Februari sehingga 3 Mac 2022 nanti berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM200,000 merangkumi sebuah kereta mewah, motor, Iphone, Ipad, wang tunai dan banyak lagi. Jadi kalau korang ada shopping barang-barang Alha Alfa sepanjang tempoh itu jangan buang resit tau! Mana tahu kalau ada rezeki nak menang cabutan bertuah yang bakal diumumkan secara lansung di Tiktok @alhaalfaofficial.
AJL 37 bakal disiarkan secara langsung di TV3 pada jam 9 malam, 12 Februari nanti. Acara penuh gilang-gemilang ini mempertaruhkan finalis hebat seperti Aina Abdul, Alif Satar, Ernie Zakri, Marsha Milan, Iman Troye, Shiha Zikir, Khai Bahar, Naim Daniel, Dayang Nurfaizah, Amir Masdi, Liza Hanim, Shila Amzah, Joe Flizzow, SonaOne, Noki dan Mk. Kredit Oh Bulan PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut