Baru je berpindah ke Turkiye, Imam Muda Asyraf tampil kongsikan keadaan terkini dekat sana buat ramai yang mendoakan

Kejadian gempa bumi yang berlaku di Turkiye dan Syria semalam benar-benar membuatkan ramai di antara kita terkejut, bimbang dan sebak mengenangkan situasi yang dihadapi mereka di sana. Bagi yang tak tahu, pendakwah, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 38 atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf bersama keluarganya baru saja berhijrah ke Turkiye pada 24 Januari lepas. Susulan isu gempa ini, ramai yang tertanya-tanya akan keadaan pendakwah tersebut yang kini menetap di Istanbul. Menerusi perkongsian di Instagram, Imam Muda Asyraf memaklumkan bahawa keadaannya dan keluarga baik-baik sahaja kerana mereka tinggal agak jauh dari kawasan bencana.

Walau bagaimanapun, gempa bumi yang mergt nyawa ribuan orang itu menurutnya antara yang paling dahsyat dan tidak pernah dialami sebelum ini. Malah gegarannya juga terasa hingga ke Wilayah Syria dan Lubnan jauhnya. Pun begitu, mujurlah keadaan beliau dan keluarga baik-baik sahaja serta tiada apa yang perlu dirisaukan. Mereka hanya merasa gegaran kecil dan ribut yang melanda Kota Istanbul pada ketika kejadian berlaku. “Semoga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan bagi mereka yang ditimpa musibah dan ujian ini. Kedudukan kami sekeluarga agak berjauhan. Menetap di Kota Istanbul hanya diterpa gegaran kecil serta ribut.

Ramai yang mesej bertanya khabar. Tak perlu dirisaukan. Alhamdulillah kami sekeluarga dalam keadaan sihat seadanya. Banyak perkara yang terasa ingin dikongsikan. Namun hanyalah doa dari kalian kami hajatkan agar dipermudahkan segalanya di sini,” katanya. Posting daripada pendakwah tersebut telah menerima pelbagai komen daripada warganet dan rakan artis yang bimbang akan keadaannya di sana. Rata-rata mendoakan semoga ustaz tersebut bersama keluarganya berada dalam keadaan selamat.

Sumber, Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version