Ramai yang perasan bila Anju buang semua gambar tunang, kali ni tunang dia pula muat naik sesuatu jadi tanda tanya warganet

Sebelum ini ada kongsikan posting Instagram dari pelakon, Zarina Anjoulie yang memberikan bayangan seperti sedang mengalami masalah bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey. Kali ini, giliran Khazrul pula memberikan bayangan seperti ikatan pertunangan mereka sudahpun terlerai. Kita mampu merancang Allah yang menentukan. Papa (panggilan dirinya) tak sebaik mana yang mama (panggilan Zarina) impikan. Kita berdua masih ada kekurangan. Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik. Terima kasih atas cinta mama pada papa. Perkongsian ini bagaimanapun telah dipadam selepas ia dikongsikan di akaun TikTok milik Khazrul.

Muat naik video terbaru dengan kapsyen jadi tanda tanya orang ramai, sekali ada individu yang sahkan Anju dah putus tunang. Tindakan pelakon, Zarina Anjoulie memadam gambar-gambar bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey menimbulkan tanda tanya buat warganet. Persoalan itu sekali gus menimbulkan spekulasi lebih-lebih lagi, selepas Zarina memuat naik gambarnya di Instagramnya, dengan keterangan ringkas. Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie didakwa sudah putus tunang dengan ahli perniagaan, Datuk Khazrul Elzey setelah dua minggu mengikat tali pertunangan. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju seakan-akan memberi bayangan bahawa dirinya sedang patah hati. Di dalam video tersebut juga, Anju tampil berpakaian tak senonoh dan kelihatan sedih ketika menghadiri majlis hari jadi temannya.

“Broken’ (hancur) tapi masih bertahan,” tulisnya. Hantaran itu bagaimanapun diatur supaya tidak boleh di komen oleh warganet mahupun pengikutnya di platform media sosial itu. Tinjauan Harian Metro ke akaun TikTok Khazrul juga mendapati, tidak ada lagi video-video memaparkan Zarina dalam kandungannya. Sumber Xtra. Seorang individu memberitahu Anju ada membuat pendedahan semasa siaran langsung di TikTok bahawa hubungannya dan Elzey sudah putus. Dah putus ke?,” tanya warganet. “Ye pagi tadi live TikTok Anju bagitahu takde jodoh dah,” jawab individu tersebut. Malah, gambar mereka bersama juga sudah dipadam.

Kredit Harian Metro

Exit mobile version