Lofa nak jual koleksi kasut mahal dia, sekali bila tengok harga memang tak masuk akal

Usahawan, pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa mengumumkan untuk menjual sebahagian daripada koleksi kasut berjenama mewah miliknya pada satu karnival preloved yang akan berlangsung pada 4 dan 5 Februari ini.  Neelofa, 34, mengambil keputusan itu kerana menurutnya kebanyakkan kasut tersebut sudah tidak lagi digunakan lagi. Jelasnya lagi di Instagram Stories, lebih banyak dijual secara preloved dengan harga yang murah berbanding tersimpan di dalam kotak. Saya nak buat preloved kasut-kasut saya yang sangat banyak. Saya ada jenama Louis Vuitton, Balenciaga, Prada dan banyak lagi. Semua kasut-kasut ini saya dah tak pakai sangat sekarang.  Kasut-kasut ini kalau tak dalam kotak je, tak tahu nak pakai bila. Ada satu kasut yang harga RM14,000 tapi nak jual RM1,000 je. Ada yang belas-belas ribu dan puluh ribu, jual RM400, RM500 je la. Ada yang nak jual RM200, RM300, ikut harga yang nanti kita letak. Sumber b.cari.

Pada perkongsian sama, isteri pendakwah bebas, Haris Ismail itu mengingatkan bakal pembeli bahawa kasut yang ingin dijualnya adalah yang pernah dipakainya (preloved) dan bukan kasut baru. Cuma saya nak beritahu, kasut ini semua 90 peratus yang sudah saya pakai, selebihnya belum pakai. Jadi jangan jangka ia dalam keadaan yang sempurna. Ini semua preloved yang saya pakai’, ujar ibu kepada Muhammad Bilal. Kredit Gempak PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Akhirnya terjawab teka teki warganet, tular video Neelofa tengah usap perut. KHABAR angin pengacara dan usahawan Neelofa sedang sarat hamil anak kedua semakin bertiup kencang dan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat. Spekulasi berkenaan kembali hangat diperkatakan apabila Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dilihat sedang mengusap perutnya yang jelas kelihatan sedikit membesar semasa memberi ucapan pada majlis ulang tahun pertama kelahiran anak lelakinya, Muhammad Bilal menerusi sebuah video yang dikongsi di laman sosial TikTok.

Perkongsian tersebut sekali gus meraih perhatian ramai yang rata-rata percaya Neelofa sedang hamil dan cuba menyembunyikan kehamilan keduanya. Teruja dengan apa yang dilihat, bekas pengacara program MeleTOP itu dibanjiri ucapan tahniah termasuk doa daripada peminat yang berharap urusan kehamilan kedua Neelofa berjalan lancar. “Tahniah Bilal akan jadi abang. Perut Lofa dah nampak tu. “Semua ibu yang mengandung memang auto usap perut bila hamil. Harap-harap kali ini dapat bayi perempuan pula. “Dah nampak perut memang sah mengandung, takkanlah Lofa perut buncit pula,” antara komen warganet.

Setakat ini, perkongsian video itu meriah lebih 600,000 tontonan dan 24,000 tanda suka. Bagaimanapun, masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Neelofa atau suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, berhubung perkara tersebut. Untuk rekod, Neelofa dan Haris berkahwin pada Mac 2021 dan Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari 2022. Kredit, Mstar. 

Exit mobile version