Malam tadi telah berlangsungnya acara akhir rancangan realiti Famili Duo di mana pasangan adik beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah dinobatkan sebagai juara. Pasangan duo ini membawa wang ganjaran sebanyak RM100,000. Manakala Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang merangkul tempat kedua membawa pulang wang RM20,000. Memetik laporan Xtra, walaupun tak juara, pasangan ini berpuas hati dapat berikan yang terbaik untuk menghargai sokongan peminat. Puas hati dapat beri yang terbaik. Ayda juga mendedahkan dia mengeluarkan kos melebihi RM150,000 untuk 8 minggu pertandingan.
Kapal terbang, sarkas, tapak pembinaan, konsert rock dan macam-macam lagi… Semua sudah kami tonjolkan setiap minggu. Menghitung semula kos yang saya keluarkan sendiri, secara kontra ia tidak berbaloi dari semua segi, termasuklah soal usaha, kreativiti, masa, tenaga dan sebagainya. Tapi saya gembira kerana sebagai penyanyi, saya puas dapat menghiburkan orang ramai. Saya sudah berikan terbaik untuk peminat. Cuma mungkin saya perlu fikirkan soal ‘practicality’.
Namun begitu, dia gembira dapat berkongsi rezeki dengan pemuzik dan orang di belakang tabir seperti props, tetamu undangan, jurusolek, pereka fesyen dan ramai lagi. Dia menganggap kos yang dikeluarkannya itu adalah rezeki untuk orang lain. Menurut Fyna pula, platform Famili Duo menjadi peluang kedua untuk dirinya kembali aktif sebagai penyanyi setelah sekian lama menyepi. “Saya dah lama tak muncul di kaca televisyen, jadi program ini satu permulaan yang baik untuk karier saya. Kami dah berikan terbaik dan semuanya boleh dilihat dalam setiap persembahan yang kami tonjolkan. “Saya rasa bertuah kerana mempunyai seorang kakak yang tak berhenti memberi semangat. Ayda bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk kami walaupun dia sibuk dan mempunyai anak kecil sampai tak cukup tidur selama lapan minggu,” kata Fyna.
“Rasanya kalau pertandingan berbentuk realiti, saya tak akan sertai lagi.” Demikian keputusan pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat yang mengumumkan setakat ini, dia tidak mahu menyertai mana-mana pertandingan hiburan berkonsepkan realiti sejurus tamat Famili Duo, malam tadi. Ayda,30, bagaimanapun masih terbuka untuk terlibat dalam sebarang pertandingan yang tidak memerlukan komitmen mingguan. “Saya beritahu jujur. Sebenarnya masa, energi dan kreativiti itu kita tak boleh nak… Macam mana nak cakap ya. “Saya rasa sudah cukuplah. Maksud saya, yang berbentuk realiti. “Kalau Anugerah Juara Lagu itu lain, insyaAllah. Yang bukan perlukan komitmen pada tiap-tiap minggu,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia turut berkongsi hal tersebut dengan suami, Nabil Mahir yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seninya sebelum ini, jawab Ayda; “Saya tidak beritahunya lagi (mengenai keputusan tersebut). Tapi saya rasa dia mengenali saya seorang yang bagaimana. “Cukuplah setakat ini. Tidaklah serik… tapi buat masa sekarang biarlah saya beri fokus terhadap perkara lain pula selepas ini,” katanya lagi.
Terdahulu dalam saingan malam kemuncak Famili Duo musim kedua yang bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam, Ayda dan adiknya Fyna Jebat (The Jebats) diumumkan sebagai Naib Juara. Pasangan adik beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah muncul juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi. Tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh duo Bella Astillah & Wany Kayrie dan Naim Daniel & Sissy Imann. Famili Duo musim kedua bersiaran selama lapan minggu dan bagi edisi kali ini, ia menampilkan tujuh pasangan selebriti yang berentap setiap minggu yang membawakan tema berbeza untuk merebut hadiah mingguan.
Pemarkahan ditentukan oleh juri tetapnya, Ajai dan Mas Idayu sebanyak 80% sementara 20% berdasarkan undian atas talian oleh peminat. Sumber, mhiburan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.