Kekasih pelakon, Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey memaklumkan berat badan bukanlah menjadi isu kepada pengakhiran hubungannya bersama aktres tersebut seperti mana yang didakwa oleh warganet di media sosial. Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Khazrul di laman TikToknya, dia menjelaskan kepada umum selepas menjawab pertanyaan daripada seorang individu dimana dia tidak pernah meminta Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju untuk menurunkan berat badan jika mahu berkahwin. “Assalamualaikum semua terima kasih atas nasihat kepada saya. saya hargai sangat2. InshaAllah jodoh pertemuan Allah tentukan. Biarlah keadaan tenang, Alhamdulillah, Doa anda semua amatlah saya hargai dengan ucapan terima kasih ” semoga Allah membalas budi dan bertambah rezeki kepada anda semua. Aameen #fyp
Ujarnya, kenyataan tersebut hanyalah gurauan daripada Anju dan tidak menyangka perkara tersebut menjadi perhatian media sebelum ini. “Asalamualaikum, saya tak pernah kata pada Anju kalau tak turun 55 kilogram saya tak nak kahwin. Anju dah kata dia hanya bergurau isu ini tak sangka jadi viral. Anju ada post di media dia bergurau, tak sangka isu melarat. Anju dah minta maaf pada saya, saya dah nasihat dia jangan main tulis macam itu. Saya tanya Anju, awak tak rasa bersalah ke awak tulis main-main tapi warganet sumpah seranah bakal suami awak? Jadi dia menyesal sebab isu berat badan ini,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, Khazrul turut mendedahkan dia tidak kisah terhadap penampilan Anju untuk dijadikan sebagai teman hidupnya namun, terdapat perkara lain yang perlu diselesaikan antara mereka. Malah, isu berat badan tersebut sudah dipadam oleh Anju di media sosial namun segalanya telah terlambat apabila perkara tersebut telah menjadi tular di laman sosial. “Jadi, bukanlah isu berat yang jadi masalah pada kami. Saya tak kisah pun kalau dia gemuk saya tetap sayang, cuma ada perkara lain yang kami kena lalui. Anju terus padam artikel isu berat badan dalam telefon dia depan saya, cuma Anju tak dapat. padam media bila media dah viral, dia menyesal.
Saya tak boleh cakap apa-apa kerana saya tak nak orang salah anggap pada kami. Biar kami cuba selesaikan masalah ini,” jelasnya lagi. Terdahulu, tular di laman sosial apabila dikatakan ikatan pertunangan mereka sudah terlerai di pertengahan jalan apabila Khazrul memberitahu mahu terus menjadi sahabat dan mendoakan agar pelakon yang berusia 36 tahun itu menemui pengganti yang lebih baik. Sumber, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.