Sama seperti final Piala Dunia, rakan sepasukan Paris Saint-Germain, Lionel Messi dan Kylian Mbappe akan bersaing sesama sendiri bagi memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik Fifa 2022 esok manakala pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema antara pencabar utama. Majlis akan berlangsung di Paris dan Messi tampak akan menjadi pilihan untuk menambah satu lagi anugerah individu selepas mengetuai Argentina mencipta gemilang mengatasi skuad disertai Mbappe, Perancis pada aksi epik di Qatar. Messi sudah menang tujuh kali Ballon d’Or dan menerima anugerah Fifa – dimulakan pada 2016 selepas FIFA berpisah dengan penganjur Ballon d’Or, France Football – pada 2019.
Sejak dua tahun lalu, Messi berada di podium ketika Robert Lewandowski menang gelaran tetapi karier pemain berusia 35 itu berubah dengan kejayaan Piala Dunia dan menjadi antara terbaik pada 2022. Pemenang ditentukan oleh juri membabitkan jurulatih dan kapten setiap pasukan kebangsaan dan seorang wartawan daripada setiap negara selain peminat juga boleh mengundi.
Mbappe, yang berusia 24 tahun selepas aksi final itu, adalah penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol, satu melebihi Messi yang meraih Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan. Pencapaian dalam Piala Dunia membayangi semua pencapaian lain dicipta mereka. Kerana Messi menang Piala Dunia, dia ada peluang terbaik untuk menang, itulah fakta sebenar,” kata Ruud Gullit yang pernah bergelar pemenang Ballon d’Or. Kredit Harian Metro.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.