Ramai terhibur bila tengok gelagat pengacara cantik jelita Uyaina Arshad ketika berkongsi pengalamannya bermain ‘sand-boarding’ di padang pasir di Abu Dhabi. Memang tak ‘cover’ cantik langsung! Menerusi hantaran yang dikongsikan Uyaina, gara-gara permainan itu, sampai terkeluar hingus dibuatnya sebab terkena tempias pasir. Sand-boarding di Al-Khatim Desert. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Hingus terkeluar, bulu mata tercabut. Muka dan mulut penuh dengan pasir. Rasakan!” tulis Uyaina. Klik sini untuk lihat video.
Menerusi rakaman yang dikongsikan, memang jelas kelihatan hingus pengacara Wanita Hari Ini itu meleleh sebab pasir masuk ke dalam hidungnya. Kalau orang lain memang dah rasa malu nak kongsikan keadaan diri sebegitu. Tapi Uyaina selamba sahaja berkongsi keadaan wajahnya yang selekeh. Dalam ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur dengan gelagat lucu Uyaina. Kredit Sinar Viral. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Anak hanya menyusu badan kurang dari 2 minggu, rupanya ini punca anak Uyaina Arshad jadi macam tu. Baru beberapa bulan melahirkan cahaya mata yang pertama, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi pengalamannya berhadapan masalah menyusukan anak pertamanya, Raja Urhan Raja Shahiran menerusi hantaran di Instagram miliknya. Menurut Uyaina, tidak semua ibu diberikan rezeki untuk menyusukan anak masing-masing, kerana anaknya juga berdepan masalah sukar untuk menyusu akibat mengalami masalah ‘tongue-tie’. “Breastfeeding is not for everyone. Tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka. “Sedih juga bila nak diingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari 2 minggu sahaja,” katanya.
Berkongsi mengenai masalah tersebut, Uyaina memaklumkan, dia hanya sedar mengenai perkara itu pada minggu pertama Urhan dilahirkan. “It started off bila we noticed Urhan ada tongue-tie dalam minggu pertama lepas dia lahir. Dia ada difficulties to latch. Bila menyusu badan je, dia menangis macam kena pukul. Dah jadi macam force-fed pula. Sebab lepas 2-3 kali dia latch, pastu dia akan terpaksa release. Risau sebab dia tak minum susu secukupnya. “Kami bawa dia pergi doktor. Bawah lidah dia digunting sikit untuk release tongue-tie tu. Lepas tu kita monitor lagi. Tapi dia still tak boleh latch. Masih sama.
“Bawa pergi jumpa doktor lain pula for second opinion. Rupa-rupanya nya tongue-tie tu tak fully released,” kongsinya. Sementara itu, pengacara program Wanita Hari Ini menjelaskan, Urhan terpaksa menjalani operasi untuk memahami apakah masalah yang berlaku pada lidahnya sehingga tidak boleh untuk menyusu, malah perkara itu juga terpaksa dipantau memandangkan dia masih kecil. “Doktor kata perlu fully anaesthetic dan operate Urhan untuk betul-betul faham what’s going on with his tongue. Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sikit. Dah lebih 3 bulan baru boleh buat sebab nak monitor berat dia dulu sebab he was too small. “So sejak dari tu, I started giving him susu formula. Mula-mula tu campur, I pump susu badan, top up dengan susu formula. Siap makan domperidone untuk tambah susu. Tapi lama-lama susu makin kurang sebab takde skin to skin contact kot. Makin kurang sampai dah tak perlu pump dah,” jelasnya.
Bagaimanapun, Uyaina bersyukur kerana anaknya itu semakin sihat dan membesar dengan baik walaupun hanya bergantung kepada susu formula. “So now Urhan is fully on susu formula. Alhamdullilahhh walupun tak menyusu badan, he’s getting big and healthy. Syukur. “Actually, isu pasal menyusu atau tak menyusu badan ni adalah benda yang sensitif juga. Ada sesetengah ibu, Alhamdullilah anak boleh latch dengan baik, susu pun banyak. Ada sesetengah ibu lain pula rezekinya. “Bila tengok orang ada susu banyak, kita akan stress. Bila kita stress, lagi la susu tak keluar,” katanya.
Uyaina juga sempat menitipkan pesan kepada para ibu supaya tidak berasa tertekan dengan situasi tersebut, kerana ia juga merupakan salah satu bentuk rezeki. Bahkan, dia juga menganggap apa yang paling utama dan harus dititikberatkan adalah anak-anak membesar dengan baik. “I just wanna say, it’s okay moms.. Setiap rezeki itu datang dari Tuhan. Termasuklah rezeki susu untuk anak kita. Kita dah cuba, kita dah usaha. Kalau masih tak ada tak apa. Yang penting anak kita sihat, membesar dengan baik. “Jangan kita terlalu fikir nak bagi susu badan, tapi tak memenuhi keperluan anak kita lepastu berat badan dia drop, anak tak membesar dengan tumbesaran yang sepatutnya. “Breastfeed or no breastfeed, we are mothers. And that’s amazing enough,” ujarnya.