Kekuatan jantung hanya tinggal 27 peratus, dalam diam rupanya ini keadaan kesihatan terkini Ebby Yus

Pelawak dan pelakon, Ebby Yus mungkin perlu menjalani rawatan dialisis akibat penyakit buah pinggang dihadapi sekiranya keadaan memaksa. Menurut laporan Astro Awani, pelakon berusia 58 tahun itu berkata, jantungnya juga dalam keadaan lemah dengan kekuatan sekitar 27 peratus sahaja. “Baru-baru ini doktor keluarkan air yang telah memasuki paru-paru dan jantung saya. Justeru, doktor mengingatkan saya kalau keadaan memaksa dialisis adalah pilihan terakhir yang perlu dibuat… begitu juga dengan jantung saya hanya ada kekuatan 27 peratus sahaja,” katanya.

Berkongsi cerita lanjut, Ebby memaklumkan dia turut dikesan mempunyai masalah saraf dan prostat selain dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini. “Sebelum masuk HKL, tubuh saya terlalu lemah sehingga tidak mampu berjalan dan saya juga sesak nafas sehingga terpaksa meminta kawan segera menghantar saya ke hospital. Selama di sana, doktor tebuk keluarkan air dan saya dirawat dalam Unit Rawatan Rapi,” ujarnya. Bagaimanapun, pelakon drama Sidang J.K.K. itu tidak mengeluh sebaliknya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan dengan rezeki yang tidak putus.

“Saya bersyukur kerana masih ada kerja lakonan yang ditawarkan kepada saya. Ada sahaja undangan berlakon komedi yang saya terima. Tapi terbatas untuk penggambaran dalam studio sahaja, kalau di luar studio maaf saya tidak dapat menerimanya kerana keadaan kesihatan saya,” kongsinya yang sentiasa positif. Sumber, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version