Malu nak cium ank, gelagat ibu Fikry Ibrahim jadi perhatian warganet

Pelakon, Fikry Ibrahim jadi perhatian peminat selepas berkongsi video yang memaparkan dirinya bersama ibu tercinta, Bibi Zaleha. Video yang dimuatnaik di TikTok, dapat dilihat ibunya yang kelihatan tersipu malu untuk mengucup pipi anak lelakinya itu. Melihat muatnaik yang dikongsikan Fikry, rata-rata warganet memberi komen lucu melihat gelagat comel di antara seorang anak bersama ibunya yang sudah berusia 75 tahun itu. Terdapat juga warganet yang sempat memuji sikap Fikry yang dianggap bakal menjadi suami yang baik kepada isterinya kelak. Klik sini untuk lihat video.

Sebelum ini pernah melaporkan mengenai perkongsian Fikry Ibrahim yang dilihat tidak kekok menguruskan ibunya yang berusia 75 tahun. Malah Fikry dilihat menyiapkan ibunya sebelum keluar bersiar-siar. Di ruangan komen, ada yang memberitahu ibu pelakon itu sudah tidak berdaya untuk berjalan dan pernah diserang angin ahmar kira-kira dua tahun lalu. Kredit Mingguan Wanita. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Siap solekkan lagi sebelum bawa keluar, ramai yang suka tengok cara Fikry uruskan ibunya. Pelakon, Fikry Ibrahim hari ini telah berkongsi video bercuti bersama ibu tersayang ke Langkawi dan mendapat pelbagai respon positif daripada warganet. Sebelum ini, Fikry pernah memaklumkan yang dirinya menjaga ibu tersayang memandangkan warga emas itu sudah tidak berapa berdaya untuk berjalan. Jadi, dia membawa ibunya, Bibi Zaleha, 74, yang disrng angin ahmar kira-kira dua tahun lalu makan angin ke Langkawi dan dia memuat naik momen tersebut di media sosial. Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah tindakan Fikry yang tidak kekok menguruskan ibunya serta mendandan wanita itu sebelum keluar bersiar-siar di sekitar pulau berkenaan. Klik sini untuk lihat video.

Video hero drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu memakaikan lipstick dan bedak ke bibir serta wajah ibunya yang sedang berbaring begitu menyetuh hati ramai. Dia juga menolak kerusi roda ibunya untuk sama-sama merasai pengalaman menaiki kereta kabel di Langkawi. Menjengah ke perkongsian yang dibuat pelakon kelahiran Kedah itu, ramai yang memuji tindakannya yang sangat menyantuni ibu tersayang. Rata-rata mereka berasa tersentuh dan mendoakan agar Fikry mendapat syurga di akhirat kelak kerana berbakti kepada orang tua serta berusaha menggembirakan ibu tersayang.

Sumber, OMM.

Exit mobile version