Hairul Azreen dedah tak dapat teruskan penggambaran, rupanya ini yang jadi pada dia

Pelakon , Hairul Azreen berkongsi khabar duka apabila dirinya tidak dapat meneruskan penggambaran filem aksi ngeri arahan Syamsul Yusof berjudul The Original Gngstr disebabkan mengalami kelukaan yang serius ketika penggambaran. Hairul Azreen menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa ligamen lutut kirinya telah putus dan tidak lagi dapat meneruskan penggambaran. Malah, dia turut memohon maaf kepada rakan dan pihak produksi di atas kejadian yang berlaku.

“Dukacita dimaklumkan saya tak dapat teruskan shooting THE OG. Disebabkan ACL lutut kiri saya ptus. Minta maaf kawan-kawan & team production. Dah sampai masa untuk saya rest.” Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti seperti Yayan Ruhian, Pablo Amirul, Zizan Razak, Hun Haqeem, Siti Elizad, dan ramai lagi dilihat membanjiri komen dengan meluahkan rasa terkejut terhadap kecederaan yang berlaku pada Hairul, malah turut menitipkan doa agar diberikan kesembuhan dengan cepat. Kami turut mendoakan agar Hairul Azreen cepat sembuh dan dapat meneruskan karier lakonan seperti sediakala

Sumber, Murai.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Hairul Azreen tampil dedah rakaman suap Achey makan, sekali ramai yang tampil puji gelagat sahabat ni. Terbaharu, pelakon lelaki Malaysia Hairul Azreen atau nama sebenar Hairul Azreen Idris telah berkongsi satu video di akaun tiktok miliknya, @hairul_azreen88. Video tersebut menjadi perhatian ramai apabila melihat telatah Hairul menyuap rakannya Achey.

Hairul Suap Achey. Menerusi video tersebut, terlihat Hairul dan Achey sedang makan malam di kedai makan. Hairul secara spontannya menyuap Achey makan yang ketika itu berada disisinya. Achey dengan terkejut lalu membuka mulut dan memakan makanan yang suap oleh Hairul. “Persahabatan Baik”. Menjengah keruangan komen video tersebut, ramai terhibur dengan gelagat mereka berdua. Apa yang lebih menarik perhatian warganet apabila melihat Achey yang terkedu dengan kelakuan Hairul yang secara tiba-tiba menyuapnya makan dan memberinya minum. Laa..suap biarlah dengan kasih sayang..jangan tergesa-tergesa..tercekik pulak. Tak dan orang tu nak kunyah sudah dihulurnya air suruh minum. Main suap suap pulak.

Sekadar info, Hairul Azreen pernah menjadi bualan hangat apabila video ‘aksi terbang’ miliknya menjadi tular di media sosial pada Februari 2018. Aksi Hairul yang menaiki eskalator dengan gaya meniarap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu telah mendapat kritikan daripada warganet. Sumber, Oh Bulan

Exit mobile version