Seperti yang kita tahu kakak kepada usahawan, pelakon serta pengacara terkenal Neelofa ini seorang yang sangat menjaga privasi. Terutama tentang kehidupannya dengan suami tercinta, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Tidak seperti pasangan yang lain, Noor Nabila Mohd Noor atau Nabila jarang berkongsi gambar suami mahupun gambar mereka berdua di laman sosial. Sebaliknya, Nabila lebih selesa berkongsi gambar serta video bersama anak tersayang, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun. Setiap hari ada saja aktiviti ibu dan anak ini yang mencuit hati. Jelaslah, Nabila kini tenang menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu.
Berkongsi serba sedikit mengenai perkembangan terkininya selepas berkahwin, Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd ini pernah berkongsi dengan Majalah Nona bahawa dia kini bahagia menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu. Dia juga kini lebih matang dalam perhubungan. Saya dan Emran saling menjaga perhubungan. Saya pun dah 38 tahun, dah tahu asam garam rumahtangga.Kalau bercakap tentang sabar tu semua orang sabar, kan. Sebagai suami isteri harus sedar, pasangan kita itu seorang manusia yang lain dari segala-galanya. Itu tak mengapa sebab kalau kita dapat terima maka kita boleh terima kekurangannya dan cuba betul kekurangan itu bersama. Kami sendiri pun masih belajar. Kadang-kadang tu cakap je tapi nak buat tu susah juga. Tapi setiap hari kena ingatkan diri sendirilah. Sumber Nona.
Bagi pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk memiliki zuriat sebagai pewaris keluarga. Begitu juga Nabila dan Engku Emran. Semestinya Nabila ingin memberikan adik buat Jayden dan Aleesya. Namun semuanya ketentuan Allah SWT. Kata Nabila, dia dan suami tak pernah merancang namun sepanjang penantian zuriat itu ada kisah di sebaliknya. Seperti yang kita tahu, adik beradik perempuan Nabila semuanya mewarisi kecantikan ibu mereka.
Kelebihan buat mereka kerana dilahirkan dalam keluarga berketurunan Pakistan-Arab. Ini yang diamalkan Nabila termasuklah petua yang diamalkan Mama kesayangannya, Datin Noor Kartini atau Datin Tini. Berusia 50an, Datin Tini yang merupakan ibu 9 anak masih nampak awet muda sampai sekarang. Patutlah anak-anak perempuannya cantik manis semuanya. Untuk info, Nabila pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada tahun 2017 namun berpisah pada Julai 2020. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad. Nabila kemudiannya bernikah dengan Engku Emran pada Mac 2021 dalam satu majlis tertutup.
Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.