Guru vokal terkenal, Syafizawati Sharif atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Shafi dilihat memuji salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) iaitu Marsha Milan Londoh yang memukau para penonton menerusi lagu Kembali Terang. Menurut Cikgu Shafi, Marsha mempunyai kebolehan untuk melakukan nyanyian berintensiti tinggi, yang mana hanya segelintir individu sahaja di dunia yang dikurniakan kebolehan berkenaan. Apa yang dilakukan oleh Marsha dipanggil sebagai nyanyian berintensiti tinggi, yang mana hanya segelintir di dunia ini yang dikurniakan kebolehan ini. Fikir Aretha Franklin, fikir Jennifer Hudson, sama seperti mereka, Marsha telah dikurniakan kebolehan untuk mencipta suara melalui range dia, dan untuk itu, saya salute kepadanya.”-Tulis Cikgu Shafi. Sumber Mstar.
Bekerjasama selama beberapa minggu untuk memperkemaskan vokal Marsha, Cikgu Shafi menyatakan bahawa dia melihat keazaman dan disiplin Marsha sebagai penyanyi yang hebat. Sekadar info, Marsha berjaya memukau para penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil setelah menyanyikan lagu ‘Kembali Terang’ di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37). Tahun lalu, Marsha berjaya memenangi tempat kedua di AJL36 apabila terpaksa tewas dengan SOG dan Shila Amzah yang membawakan lagu Pelukan Angkasa. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.